CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

Ramadhan Karim al-mubarak

Bismillah Hirrahma Nirrahim... Alhamdulillah... Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, kaum kerabat & sahabat-sahabat baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah... Kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah yang fana' ini dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan karim al-mubarak ini. Hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Maka pertingkatkanlah amal ibadah di sepuluh hari terakhir ini dengan semaksima mungkin. Manalah tau kan, kot-kot kita tidak mempunyai kesempatan lagi di tahun hadapan. Bak kata pepatah ajal & maut di 'tangan' tuhan... Bila2 masa sahaja nyawa pinjamanNya akan diambil kembali...
.
Ok lah... tak nak menambah kata yg berbunga2... Blog ini diwujudkan semata-mata untuk berkongsi ilmu & pengetahuan terutama dalam mata pelajaran Syariah bagi peringkat A-Level. Insya Allah jika ada kesempatan yang terluang akan dimuatkan nota-nota kuliah yg pernah dicurahkan kepada pelajar-pelajar SMSA sejak tahun 2000 (September) hinggalah ke hari ini. Pada sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan pada bulan depan, termasuklah pelajar-pelajar saya Pra-U2 SMSA mudah-mudahan berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang Insya Allah. Maklumat & informasi yang akan dipaparkan dari masa ke masa bolehlah dicopy & paste untuk tujuan kebaikan bersama. Semoga amal jariah yang tidak sepertinya ini akan mendapat inayah, rahmah & maghfirah daripada Allah subhanahu wata'ala jua... Aaamiinn...
.
*** Jika sekiranya ada kemusykilan & persoalan, dipersilakan untuk mengemail saya melalui qalam_azraq@yahoo.com. Or menerusi c8box yg akan dicreate sedikit masa lagi. Insya Allah, dgn ilmu secebis yang dianugerahkanNya akan dicuba untuk menjawabnya seoptima mungkin.
.
mawardi 22092008 (21 Ramadhan 1429H) 8.30am

0 comments: