CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

A-LEVEL USULUDDIN

BRUNEI-CAMBRIDGE GENERAL CERTIFICATE OF EDUCATION ADVANCED LEVEL
SIJIL AM PELAJARAN (PERINGKAT LANJUTAN) BRUNEI-CAMBRIDGE


SUKATAN PELAJARAN


USULUDDIN ( ISLAMIC THEOLOGY )

KOD MATA PELAJARAN : 9019


Mata pelajaran Usuluddin ini mengandungi dua kertas, iaitu ;

KERTAS I – TAUHID & TASAWUF ( 3 jam )

BAHAGIAN A – TAUHID

1) Pengertian Ilmu Tauhid dalam Islam.
2) Rukun-rukun Iman.
3) Kewujudan dan KeEsaan Allah s.w.t. dan Sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan harus.
4) Kewujudan Malaikat – Nama-nama malaikat dan sifat-sifatnya.
5) Rasul-rasul Allah (Utusan Allah) – 25 para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir diutus.
6) Kitab-kitab yang diturunkan – Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur’an.
7) Qadha’ dan Qadar – Takdir.
8) Hari Qiamat – Hidup sesudah mati.
9) Perkembangan berbagai mazhab dalam bidang ilmu tauhid dan asas-asas perbezaan :
(i) Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.
(ii) Muktazilah.
(iii) Jabariyah.
(iv) Qadariyah.
(v) Syi’ah.

BAHAGIAN B – TASAWUF

1) Pengajian Tasawuf – pengertian, asal-usul perkataan Tasawuf, sufi dan sejarah perkembangannya.
2) Asas-asas perbezaan di antara Syari’at, Tarikat, Hakikat dan Ma’arifat.
3) Tahalli, Tajalli dan Takhalli.
4) Tasawuf dan kepercayaan mengenai dengan keEsaan Allah s.w.t.
5) Tafsiran Wihdatul Wujud, Liqa’ dan Rukyah, termasuk Al-Hijab dan Al-Kasyfu.
6) Pengajaran kerohanian dalam Tasawuf untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
7) Taubat dan Taqwa, termasuk peranan doa dalam kehidupan seharian muslimin.
8) Sifat-sifat Mahmudah – Pemurah, pemaaf, zuhud, baik hati, ta’at dan seumpamanya.
9) Sifat-sifat Mazmumah – Hasad dengki, riya’, takbur, ujub, pemarah, dendam dan seumpamanya.
10) Sepintas lalu perkembangan falsafah Islam – Tokoh-tokoh imuwan tasawuf dan para sufi.


KERTAS II – ULUM AL-QUR’AN, MUSTALAH AL-HADITH, AL-QUR’AN DAN HADITH (3 jam)

BAHAGIAN A – ULUM AL-QUR’AN & MUSTALAH AL-HADITH

1) Al-Qur’an sebagai wahyu yang teragung – bagaimana dan bila diturunkan, serta sebab-sebab penurunan ayat Al-Qur’an (Asbabun Nuzul).
2) Hikmat Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur di zaman Rasulullah s.a.w.
3) Sejarah pengumpulan, penulisan dan pembukuan ayat-ayat Al-Qur’an – Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.
4) Perbezaan di antara ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyah) dan ayat-ayat yang diturunkan di Madinah (Ayat Madaniyah).
5) Penepatan bentuk (Standardization) Al-Qur’an.
6) Pendapat para ulama’ mengenai ayat yang pertama dan ayat yang terakhir diturunkan.
7) Hadith atau Sunnah Rasulullah s.a.w. dan kedudukannya sebagai sumber hukum Islam.
8) Lima peringkat dalam pengumpulan hadith (menurut setiap zaman).
9) Istilah-istilah Ilmu Hadith dan pembahagiannya :
(i) Istilah Hadith atau Sunnah.
(ii) Khabar dan Athar.
(iii) Hadith Riwayah dan Dirayah.
(iv) Matan dan Sanad.
(v) Isnad, Musnad, Ijazah, Asma’, Hafiz, Muhaddith, Musnid, Hujjah dan Hakim.
10) Nilai dan bahagian Hadith – seperti Hadith Sahih, Hasan, Dha’if, Hadith Mutawatir, Ahad, Masyhur, Hadith Makbul, Mardud, Mauquf, Mu’tal, Mu’alaq dan sebagainya.
11) Kedudukan Hadith Qudsi dan perbandingan dengan Hadith Nabawi.
12) Tokoh ahli hadith yang masyhur dan kitab himpunan hadith karangan mereka :
(i) Imam Malik bin Anas r.a. – Kitab Al-Muwatta’.
(ii) Imam Bukhari r.a. – Sahih Bukhari.
(iii) Imam Muslim r.a. – Sahih Muslim.
(iv) Imam At-Tirmidzi r.a. – Jami’ al-Imam Abi Esa At-Tirmidzi.
(v) Imam Abu Daud r.a. – Sunah al-Imam Abi Daud.
(vi) Imam An-Nasaie r.a. – Sunah al-Imam Abi Abd Rahman Ahmad bin Shu’in An-Nasaie
(vii) Imam Ibnu Majah r.a. – Sunah Ibnu Majah.

BAHAGIAN B – TAFSIR AL-QU’RAN DAN HADITH

1) Tafsir ayat-ayat Al-Qur’an :
(i) Surah al-Baqarah : ayat 172 – 173 [Makanan dan konsep syukur]
(ii) Surah al-Baqarah : ayat 219 [Arak, judi dan cara membelanjakan harta]
(iii) Surah an-Nisaa’ : ayat 59 [Ta’at kepada Allah dan RasulNya serta Ulil ‘Amri]
(iv) Surah Yunus : ayat 5 – 6 [Hal ehwal kejadian bulan dan matahari]
(v) Surah al-Mukminun : ayat 12 – 16 [Kejadian manusia, kematian dan kebangkitan]
(vi) Surah al-Baqarah : ayat 186 [Allah hampir kepada diri manusia dan konsep doa]
(vii) Surah al-Hijr : ayat 22 [Pendebungaan dan tumbuh-tumbuhan]
(viii) Surah Ali ‘Imran : ayat 159 [Sifat-sifat Rasulullah s.a.w.]
(ix) Surah al-Israa’ : ayat 23 [Larangan menyembah selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa]
(x) Surah al-An’aam : ayat 98 – 99 [Asal kejadian manusia dari Adam serta nikmat air hujan dan hubungannya dengan tumbuh-tumbuhan]
(xi) Surah Jumu’ah : ayat 9 – 10 [Kewajipan solat Jumaat, meninggalkan jualbeli ketika Solat Jumaat dan berusaha mencari rezeki]

2) Sepuluh buah hadith dipetik daripada 40 Hadith dari Matan Al-Arba’in oleh Imam An-Nawawi (Hadith 40) ;
(i) Hadith Pertama [Segala amal adalah dengan niat]
(ii) Hadith Ketiga [Islam didirikan atas lima sendi (Rukun Islam)]
(iii) Hadith Keenam [Perkara halal dan haram, syubhat, kawasan larangan serta kedudukan hati]
(iv) Hadith Kedua Belas [Keelokan Islam bagi seseorang individu muslim]
(v) Hadith Kelima Belas [Memelihara perkataan, memelihara jiran dan tetangga]
(vi) Hadith Kedua Puluh [Perkara mengenai kemasukan ke dalam syurga]
(vii) Hadith Ketiga Puluh [Perkara yang berkenaan dengan hukum Allah]
(viii) Hadith Ketiga Puluh Empat [Pengubahan dan pencegahan perkara-perkara yang mungkar] (ix) Hadith Ketiga Puluh Lima [Hubungan (persaudaraan) antara sesama Islam]
(x) Hadith Keempat Puluh [Hubungan dunia dengan orang mukmin]

0 comments: