JUAL BELI
ASAS – ASAS DALAM JUAL BELI
Jika dipandang dari sudut sejarah, kewujudan JUAL BELI adalah sama dengan wujudnya masyarakat manusia di alam ini. Oleh kerana kelahiran Jual Beli adalah berpunca dari keinginan manusia untuk mengendalikan sesuatu benda yang tidak ada padanya secara pertukaran dengan benda yang ada padanya. Pertukaran ini timbul dari hajat seseorang kepada benda tersebut sehingga ia rela menukar benda itu dengan apa yang dimilikinya. Tanpa jual beli sudah tentu seseorang tidak akan dapat mengendalikan sesuatu barangan yang bukan haknya kecuali dengan cara yang bathil (salah) seperti mencuri, menipu, merompak, merampas dan sebagainya.
Pertukaran barang dengan barang dikenali dengan istilah Barter Trade system. Sejak berzaman-zaman lagi, manusia mengenali Jual Beli dengan pelbagai cara atau kaedah yang sesuai diamalkan mengikut arus peredaran zaman dan adat resam tertentu yang membayangkan keperluan dan suasana hidup persekitaran mereka dalam zaman itu. Mengikut hasil kajian pakar-pakar ekonomi, sistem asasi bagi jual beli yang lahir dari kalangan masyarakat manusia sejak turun temurun adalah melalui perubahan dan peralihan berikut :
(i) Pertukaran Barangan (al-Muqayadah)
Sistem ini adalah sistem yang tertua sekali dikenali oleh umat manusia terutama bagi masyarakat primitif, di mana seseorang yang memerlukan sesuatu barangan akan mencari sesiapa sahaja yang memiliki barangan yang dihajatinya untuk ditukar dengan sesuatu barang yang dimilikinya. Sebagai contoh, satu ikat kayu api ditukar dengan satu liter beras, atau satu tangkai kurma digantikan dengan satu tandan pisang.
Sistem ini menghadapi kesulitan di mana orang tersebut terpaksa mencari pemilik barangan yang hendak dibeli itu dan pemilik barangan tersebut juga turut memerlukan barangan yang dihajatinya daripada orang yang mula-mula berhajat hendak mendapatkan barangan darinya.
(ii) Jualan Terbuka (Bai’ al-Mutlak)
Sistem Jualan Terbuka ini juga dinamakan Bai’ut Ta’ati atau Bai’ul Mu’athah, iaitu sistem jual beli dengan cara menggunakan mata wang, yang mana manusia mula mencipta mata wang (umlatan) untuk menjadi bahan pertukaran menggantikan barangan yang hendak ditukar dengan barangan.
Melalui sistem ini timbulnya perbezaan di antara :-
(a) Barang yang dijual beli
(b) Harga barang tersebut
SIKAP ISLAM DALAM URUSNIAGA (MU’AMALAT)
Islam sebagai Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh lagi sempurna (syumul & kamil) menerima hakikat pertumbuhan umat manusia dan keperluannya di dalam bidang urusniaga atau mu’amalat yang tersebut di atas dan mengakui sistem-sistem tersebut pada dasarnya.
Untuk melaksanakan dasar mu’amalat dalam Islam, para Ulama’ Feqah telah menyusun peraturan-peraturan tertentu berlandaskan Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah s.a.w. untuk menjadi panduan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang urusniaga.
Islam tidak menolak semua sistem mu’amalat yang diamalkan oleh umat sebelum Islam dan tidak juga menerima semua sistem tersebut. Namun begitu, Islam tetap menerima sistem yang kebaikannya mengatasi keburukan dan menolak segala sistem yang keburukannya melebihi kebaikan. Ini sesuai dengan kaedah Fiqh yang berbunyi ;
Syari’atun min qablina syari’atun lana maalam yansakh
Syari’at (perundangan) mereka yang terdahulu dari kita adalah syari’at (perundangan) bagi kita selagi tidak dimansukhkan (dibatalkan).
Syari’at (perundangan) mereka yang terdahulu dari kita adalah syari’at (perundangan) bagi kita selagi tidak dimansukhkan (dibatalkan).
al-Aslu baqa’ maa kaana alaa makaan
Adalah menjadi dasar kekal sesuatu sepertimana yang telah ada.
Adalah menjadi dasar kekal sesuatu sepertimana yang telah ada.
Sebagai contoh ; semasa Rasulullah s.a.w. sampai di Yathrib (hijrah ke Madinah), baginda telah mendapati bahawa penduduk di situ berjual beli secara Salam (jualan secara bertangguh). Maka baginda pun memperakui Jual Beli Salam (Bai’u Salam) menjadi salah satu sistem perniagaan dalam Islam. Dalam pada itu, di zaman Jahiliyah terdapat satu jenis jualan di kalangan masyarakat Jahiliyah iaitu jualan janin binatang dalam kandungan, di mana setelah kedatangan Islam jualan tersebut tidak diperakui lagi dan dianggap tidak sah.
Kesimpulannya, penilaian hukum mu’amalat di dalam Islam adalah berasaskan kepada kemanfaatan dan kemudharatan masyarakat. Oleh kerana itulah, sistem mu’amalat Islam diwujudkan semata-mata untuk kemudahan anggota masyarakat bukan sahaja umat Islam bahkan termasuk mereka yang bukan Islam di dalam menjalankan urusan kehidupan mereka.
TA’RIF JUAL BELI
Definisi Jual Beli dari sudut bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala dari sudut istilah syara’ pula jual beli bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.
Adapun maksud harta ialah segala barang yang berharga atau bernilai serta suci dan halal digunakan pada pandangan syara’.
Jumhur Ulama’ mengatakan harta ialah material (benda) dan manfaat. Jadi, manfaat daripada suatu benda boleh diperjualbelikan.
Sementara menurut Ulama’ Hanafiyah, harta ialah material (benda) yang mempunyai nilai. Jadi, manfaat dan hak-hak tidak boleh dijadikan objek jualbeli.
Sementara maksud mengikut cara-cara yang tertentu ialah pelaksanaan jual beli itu mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli yang telah ditetapkan oleh syara’.
Pengertian lain bagi Jual Beli :
(i) Pertukaran barang dengan barang (atau harta dengan harta, atau harta dengan barang) dengan persetujuan kedua belah pihak (iaitu penjual dan pembeli), atau pertukaran milik dengan gantian (bayaran) mengikut cara yang diizinkan oleh syara’. [Syed Sabiq : Fiqh al-Sunnah]
(ii) Pertukaran dalam bentuk wang dengan barang ataupun barang dengan barang dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. [al-Syarbini : al-Iqna’]
Berpandukan dua pengertian di atas, dapatlah dirumuskan dalam jual beli terdapat unsur-unsur berikut :
« Ada pertukaran barang di antara kedua belah pihak à semasa akad jualbeli.
« Ada perpindahan milik à pertukaran barang dengan wang di antara dua individu.
« Persetujuan bersama à iaitu dengan rela hati, bukannya secara paksaan.
« Kontrak yang sah dari segi syara’ à cukup rukun dan syarat-syaratnya.
« Mendapatkan faedah atau keuntungan à sebagai salah satu tujuan utama jualbeli
HUKUM JUAL BELI
Dalam Islam, hukum jual beli adalah HARUS sekiranya sempurna rukun dan syarat-syaratnya serta tidak bercampur atau tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif yang ditegah oleh syara’.
Firman Allah s.w.t. (Surah al-Baqarah : 275) ;
“.....padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Sesungguhnya jual beli itu adalah lahir dari redha meredhai.”
Walaupun pada asalnya hukum jual beli itu adalah harus, namun ia akan berubah mengikut keadaan tertentu :
(a) Wajib à iaitu ketika manusia sangat berhajat dan memerlukan, seperti barangan keperluan asasi, dalam keadaan darurat atau terdesak (seperti kebuluran). Contohnya; makanan (seperti beras, gula, garam, tepung, minyak dan sebagainya), minuman (seperti air mineral, kopi, teh dan seumpamanya), pakaian dan pelbagai barang-barang lain.
(b) Sunat >> jual beli antara penjual dan pembeli terhadap sesuatu barangan yang diperlukan, seperti penjual menjual barang keperluan harian kepada pembeli. Contohnya; barang-barang runcit, makanan, minuman, pakaian, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya.
(c) Makruh >> orang yang menjual barangan sesudah azan yang pertama pada Hari Juma’at berkumandang.
(d) Haram >> jualbeli yang masih berjalan setelah azan kedua untuk Solat Juma’at berkumandang, jual beli barang-barang yang najis dan haram seperti arak dan bangkai.
DALIL-DALIL JUAL BELI
Dalil dari Al-Qur’an :
(i) Surah al-Baqarah : ayat 282
“....Dan hendaklah kamu mengadakan saksi apabila kamu berjualbeli.”
(ii) Surah an-Nisa’ : ayat 29
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali engkau melakukan perniagaan dengan redha meredhai dari kalangan kamu.”
(iii) Surah al-Baqarah : ayat 198
“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”
Dalil dari Al-Hadith :
(i) Hadith Riwayat al-Bazzar dengan disahkan oleh al-Hakim :
Rasulullah s.a.w. ditanya salah seorang sahabat baginda, “Apakah usaha yang lebih baik ?” Rasulullah menjawab, “Usaha yang dilakukan oleh tangan sendiri, dan setiap jual beli yang diberkati (tanpa penipuan dan khianat).”
(ii) Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah dengan pengesahan Ibnu Hibban, dari Abu Sai’d al-Khudri :
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha meredhai.”
(iii) Sesungguhnya diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. semasa manusia sedang melakukan jualbeli, maka baginda memberi pengakuan ke atasnya dan bersabda :
“Peniaga (Penjual) yang benar lagi dipercayai berada (duduk) bersama Nabi dan orang-orang yang mati syahid.”
RUKUN JUAL BELI
Menurut Jumhur Ulama’, rukun jualbeli itu terbahagi kepada lima perkara :
(a) Penjual
(b) Pembeli
(c) Barang jualan
(d) Harga
(e) Sighah ( Ijab & Qabul )
Manakala Ulama’ Hanafiyah berpendapat rukun jualbeli cuma ada satu iaitu sighah (ijab dan qabul).
SYARAT-SYARAT SAH JUAL BELI
SYARAT PENJUAL DAN PEMBELI
1. Kedua-duanya adalah terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal fikiran (berakal), cukup umur (baligh) dan pintar. Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat ini seperti orang gila, kanak-kanak dan yang lemah akal, hendaklah bapa atau penjaga (wali) mereka menjalankan akad jualbeli bagi pihak mereka.
Menurut mazhab Hanbali - sah jualbeli kanak-kanak, sekiranya barang yang dibeli itu sedikit seperti membeli gula-gula, kuih-muih, minuman, barang-barang permainan, dan sebagainya.
Menurut mazhab Hanafi - tidak disyaratkan baligh, oleh itu adalah sah jualbeli yang dilakukan oleh kanak-kanak mumayyiz yang telah sempurna umurnya 7 tahun.
2. Bukan dari kalangan orang yang disekat atau ditahan hartanya. Mereka yang disekat dari menguruskan mu’amalat ialah seperti orang yang safih (bodoh) iaitu membelanjakan hartanya dengan cara membazir atau tidak munasabah, dan orang yang muflis iaitu orang yang disekat dari menjalankan mu’amalat kerana hutang keliling pinggang atau bankrap.
3. Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan akad jualbeli. Salah satu keutamaan dalam jualbeli dan mana-mana konsep mu’amalat yang lain ialah sikap redha meredhai (suka sama suka) antara kedua belah pihak. Sebarang jualbeli yang dilakukan secara paksaan samaada ke atas penjual maupun pembeli adalah dianggap tidak sah dan tidak berhasil pemindahan hak milik kedua belah pihak (penjual dan pembeli), melainkan jika dipaksa secara hak seperti dipaksa untuk membayar hutang (ini selalunya dilakukan dan dijalankan oleh pihak pemerintah).
4. Merdeka - tidak sah jualbeli yang dijalankan oleh golongan hamba.
5. Beragama Islam - khas untuk penjualan senjata, Al-Qur’an, Al-Hadith, Kitab-kitab yang berhubungkait dengan Pengetahuan Ugama Islam.
Tidak sah menjual kitab-kitab yang berhubung dengan agama Islam kepada orang kafir, seperti menjual ayat-ayat suci Al-Qur’an, Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan seumpamanya, kerana dengan memilikinya kitab-kitab tersebut membawa kehinaan baginya. Demikian juga tidak sah menjual alat-alat kelengkapan perang seperti senjata kepada kafir harbi dan musuh Islam, kerana ia boleh membantu mereka untuk menyerang orang-orang Islam.
SYARAT BARANG JUALAN
1. Barang yang dijualbeli itu mestilah bersih dan suci dari segi syara’, seperti pakaian, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Oleh yang demikian, tidak sah menjual sesuatu yang najis seperti anjing, babi, arak, darah, bangkai binatang, gading gajah, sumbu badak dan seumpamanya.
Menjual bahan-bahan najis yang boleh dimanfaatkan seperti najis binatang untuk dibuat baja, hukumnya adalah tidak sah dijual kerana ia adalah najis dan tidak dianggap harta. Walau bagaimana pun, ia boleh dilakukan dengan cara berpindah tangan atas dasar upah mengangkat dan menyediakannya, atau dasar hibbah (pemberian), bukan atas dasar jual beli.
Dalam hal menjual bahan-bahan yang suci yang terkena najis (mutannajis), hukumnya terbahagi kepada tiga, iaitu ;
R Jika bahan itu dapat disucikan dengan cara dibasuh, seperti buah durian yang terkena najis binatang ataupun kain yang terkena najis à hukumnya SAH dijual.
R Jika bahan itu tidak dapat disucikan tetapi ia asing dengan sendirinya, seperti minyak yang terkena najis atau benda cair yang terkena najis à hukumnya TIDAK SAH dijual.
R Jika bahan itu tidak dapat disucikan dan ia tidak dapat diasingkan dengan sendirinya, seperti rumah yang dibina dengan najis binatang à hukumnya SAH dijual. Ini adalah kerana najis itu dihukumkan mengikut benda yang dijual dan akad jualbeli itu jatuh kepada benda yang suci (rumah) manakala najis yang tersembunyi itu adalah dihukumkan sama mengikut benda yang suci itu dengan cara berpindah tangan.
2. Barang yang dijualbeli itu berfaedah, mempunyai manfaat dan bernilai dari segi pandangan syara’. Maksudnya barang tersebut boleh memberi manfaat kepada pembeli atau orang lain samaada semasa membelinya atau pada masa yang akan datang dan pembelian itu diakui oleh syara’.
Tidak sah menjual barang-barang yang tidak mendatangkan faedah seperti menjual binatang serangga, dan yang tidak bernilai seperti menjual satu biji gandum, dua biji beras dan sebagainya.
Adapun menjual binatang-binatang yang buas yang tidak mempunyai manfaat seperti harimau, jika ia tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk berburu atau sebagai penjaga, maka hukum menjualnya adalah tidak sah. Namun begitu, adalah sah hukumnya menjual binatang-binatang seperti berikut ;-
o Harimau bintang - kerana manfaatnya boleh digunakan untuk berburu.
o Gajah - boleh digunakan sebagai kenderaan atau bekerja.
o Kera -membantu memanjat kelapa dan sebagainya.
o Kucing - sebagai binatang peliharaan juga menjaga rumah.
3. Barang itu adalah hak milik dan kepunyaan penjual sendiri ataupun wakil penjual. Maka tidak sah menjual barang yang bukan kepunyaannya atau bukan diwakilkan kepadanya untuk dijual. Demikian juga barang yang sifatnya belum dimiliki seseorang tidak boleh dijualbelikan, seperti memperjualbelikan ikan dilaut, burung yang terbang di udara, emas di dalam tanah dan sebagainya.
Namun begitu, adalah sah menjual barang yang pada lahirnya dimiliki oleh orang lain tetapi setelah dijual ternyata barang itu menjadi miliknya, seperti seseorang menjual harta warisnya, disangkanya warisnya itu masih hidup padahal selepas dijual didapati bahawa warisnya itu telah meninggal dunia.
4. Sanggup menyerahkan barang itu kepada pembeli ketika dilakukan akad jualbeli, kecuali kalau jualan itu jualan secara bertangguh (Bai’u Salam) iaitu jualan yang tidak diserahkan barangnya semasa akad. Maka adalah tidak sah menjual sesuatu yang hilang, dirampas atau dicuri dengan syarat penjual itu tidak sanggup mengambil kembali barang itu dari pencurinya. Sekiranya ia sanggup, maka jualan tersebut adalah sah.
5. Kedua-dua penjual dan pembeli mestilah mengetahui tentang jenis, kadar dan sifat barang jualan itu. Maka tidak sah menjual sesuatu yang majhul (tidak jelas atau tidak dapat dilihat), kerana ia boleh membawa kepada penipuan.
6. Melihat barang jualan itu. Maka adalah tidak sah membeli barang-barang yang tidak dapat dilihat, seperti membeli ubi yang belum digali.
SYARAT HARGA
1. Harga barang yang dijual hendaklah disebut semasa akad.
2. Dijelaskan jenis matawang, kecuali sekiranya wang tersebut dilihat semasa akad maka memadai dengan di tunjuk saja.
3. Matawang yang digunakan dapat diterima pakai di tempat jualbeli berlangsung samaada wang tempatan (dalam negeri) atau wang asing (luar negeri).
4. Mempunyai nilai yang setara dengan barang jualan.
5. Milik sah pembeli atau yang diwakilkan kepadanya.
SYARAT SIGHAH (IJAB & QABUL)
Adapun tujuan sighah (ijab dan qabul) ini ialah untuk melahirkan kerelaan dan keredhaan kedua belah pihak (penjual dan pembeli) yang menjalankan akad jualbeli serta menerima implikasinya. Oleh itu, sebarang lafaz atau perkataan ataupun tulisan atau isyarat (bagi orang yang bisu), memberi makna bahawa sesuatu jualbeli telah dilaksanakan dengan adanya akad jualbeli. Sebagai contoh, kata penjual (Ijab) : “Aku jual buku ‘Lambaian Kaabah’ ini kepada engkau dengan harga $10.00 ”, kemudian dijawab oleh pembeli (Qabul): “Aku beli.”
1. Bersamaan (selaras) ijab dan qabul dari segi maknanya (sebutan barang, harga dan sebagainya). Maka tidak sah akad jualbeli yang tidak selaras sighahnya, seperti si penjual menyebut harga B$50.00 sedangkan pembeli menyebut harga B$45.00.
2. Tidak diselangi oleh perkataan lain yang tiada hubungannya dengan akad jualbeli.
3. Tidak diselangi oleh diam yang lama dan panjang antara ijab dan qabul. Namun sekiranya diam sekejap seperti pembeli terbatuk sebaik saja penjual selesai melafazkan ijab atau diam kerana bernafas adalah tidak mengapa.
4. Tidak boleh dihadkan masanya (waktunya). Sebagai contoh, kata penjual : Saya jual kereta Toyota Prado ini kepada awak dengan harga B$58,000 dalam masa 3 tahun. Maka akad jual beli ini dikira tidak sah.
5. Tidak boleh bertaklik. Sebagai contoh, kata penjual : Saya jual tanah ini kepada awak dengan harga B$25,000 sekiranya bapa saya kembali ke Rahmatullah.
HIKMAT JUAL BELI
1. Sesuai dengan tindakan Allah s.w.t. yang menjadikan tabiat dan fitrah semulajadi manusia yang saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka juga mempunyai naluri ingin menukarkan faedah harta antara sesama mereka, seperti jualbeli, sewa-menyewa, sewa-menyewa, gadai-menggadai, dan sebagainya.
2. Dengan adanya peraturan jualbeli yang disyariatkan, maka akan terhindarlah kejadian yang negatif seperti merampas harta orang lain bukan secara hak, merompak, mencuri dan sebagainya, yang sekaligus boleh membinasakan kelangsungan dan kerukunan hidup manusia.
3. Menerusi jualbeli, individu boleh menjadikannya sebagai salah satu sumber mata pencarian atau pendapatan dengan cara yang halal dalam kehidupan sehari-hari.
4. Melalui jualbeli, manusia dapat pengajaran agar bersatu padu, harmoni dan hidup berperaturan disamping sikap tolong menolong antara sesama mereka.
5. Dengan teraturnya syarat-syarat di dalam jual beli, manusia tidak bertindak di luar batasan yang digariskan oleh syara’ dan melaluinya juga dapat mengelakkan kezaliman dan penganiayaan antara satu sama lain.
6. Membentuk perasaan muhibbah dan ikatan ukhuwah Islamiah antara sesama manusia di dalam menjalankan pekerjaan kerana Allah jua.
7. Allah s.w.t. yang mengatur kehidupan seharian manusia dengan cara yang baik dan sempurna. Mereka dapat mencari keredhaan Allah s.w.t. dengan mengikuti segala yang ditetapkan oleh ajaran Islam.
JENIS-JENIS JUAL BELI
a. Barang jualan yang boleh dilihat oleh penjual dan pembeli. Jualan semacam ini adalah yang sangat dikehendaki kerana ini boleh mengelakkan dari sesuatu yang tidak diingini.
b. Barang jualan itu belum ada dihadapan kita, tetapi sudah ditentukan jenis, sifat dan kaqarnya. Jualan seperi ini disebut juga Jualan Bertangguh (Bai’u Salam). Jualan cara ini adalah diharuskan sekiranya diperolehi segala perkara yang disyaratkan diwaktu aqad.
c. Barang jualan tidak ada ditempat aqad atau ada tetapi tidak ditunjukkan atau tidak diperlihatkan. Jualan seperti ini tidak diharuskan bahkan dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
d. Jualan faedah atau manfaat iaitu seperti upah mengupah atau sewa menyewa. Jualan seperti ini diharuskan oleh syara’.

.
qalam_azraq, 23092008 / 11.55pm

0 comments:
Post a Comment