NIKAH KAHWIN
MUQADDIMAH
Sesebuah rumahtangga bermula secara rasmi apabila berlaku ‘aqad nikah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syara’. ‘Aqad nikah itu telah didahului oleh beberapa amalan iaitu memilih, merisik dan meminang yang melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan. Dengan erti kata lain, memilih, merisik dan meminang dapat dikatakan sebagai muqaddimah nikah. Amalan sebegini dilakukan supaya ‘aqad nikah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya agar pasangan yang dinikahkan itu dapat membina rumahtangga yang aman dan bahagia.
Kebiasaannya ‘Aqad Nikah diadakan dalam majlis tertentu seperti di masjid atau di rumah yang diikuti oleh majlis Walimatul ‘Urus. Namun begitu, ada sesetengah golongan yang membuat majlis ‘aqad nikah dengan majlis walimatul ‘urus pada waktu yang berlainan.
Majlis ‘aqad nikah dan walimatul ‘urus itu secara langsung memberitahu orang ramai bahawa pasangan yang dinikahkan itu sudah sah untuk hidup bersama dan diterima oleh masyarakat yang secara langsung akan menambahkan bilangan keluarga dan zuriat dalam masyarakat.
Dalam Islam, Nikah adalah sebagai salah satu cara untuk memenuhi tuntutan sifat semulajadi manusia iaitu kecenderungan hidup bersama antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya agar berkahwin berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Qur’an, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama’.
PENGERTIAN NIKAH
NIKAH dari segi bahasa Arab bererti Kumpul, Himpun dan Cantum.
Nikah dari segi istilah syara’ bererti Satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan (jima’ atau wathi’). Akad ini dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya.
Dalam definisi yang lain, Nikah juga bermaksud :
- Akad yang menghalalkan bagi setiap pasangan lelaki dan perempuan untuk bersama (bersetubuh, bersentuhan, bermesra ghairah).
- Akad yang memberi tempat kepada seorang lelaki itu memilik istimta’ (bersedap-sedapan dan bermesra dengan seseorang wanita dan juga seseorang wanita dengan seseorang lelaki).
Berdasarkan pentakrifan ini memberi kesan selanjutnya, iaitu bagi lelaki dia telah memiliki wanita yang dikahwininya secara khusus, dan tidak mungkin dimiliki lagi oleh lelaki yang lain terhadap wanita tersebut.
Sementara bagi wanita pula bermakna dia memiliki keharusan untuk bermesra dan bersedap-sedapan sahaja tanpa memiliki ssecara khusus. Ini bererti lelaki yang telah berkahwin masih boleh mengahwini wanita lain, sebaliknya wanita yang telah dikahwini tidak boleh mengahwini lelaki lain (dalam satu masa).
DALIL-DALIL DISYARA’KAN NIKAH
Firman Allah (Surah an-Nisa’ : 3) ;
“Maka kahwinilah oleh kamu perempuan yang baik bagi kamu dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu takutkan tidak dapat berlaku ‘adil, kahwinilah seorang sahaja.”
Firman Allah (Surah an-Nuur : 32) ;
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian (bujang) di antara kamu, dan orang-orang yang banyak (berkahwin) di antara hamba-hamba kamu yang lelaki dan hamba-hamba kamu yang perempuan.”
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
"Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunnahku bukanlah ia dari golonganku.”
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Sesiapa yang sukakan sifat semulajadiku (perangaiku dan tabi’atku), hendaklah ia mengikut sunnahku dan di antara sunnahku ialah berkahwin. Maka barangsiapa benci sunnahku itu bukanlah dari kalanganku (bukan umatku).”
SISIPAN >> Dalil-dalil lain daripada Al-Qur’an dan Hadith.
& Firman Allah (Surah an-Nisa’ : 1) ;
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangan (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat dan keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.”
& Firman Allah (Surah ar-Ruum : 21) ;
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Seungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.”
& Firman Allah (Surah al-Furqan : 74) ;
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa."
& Hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. :
Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda kepada kami, “Wahai kumpulan pemuda, barangsiapa yang mampu di kalangan kamu berkahwin, hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh memejamkan mata dan memelihara faraj (dari melakukan zina). Dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, maka wajib ke atasnya itu berpuasa. Maka sesungguhnya berpuasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu jantinanya.” [Muttafaqun ‘Alaih]
& Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. memuji Allah dan mengucap syukur kepadanya, serta bersabda, “Aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka serta aku mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang benci sunnahku itu bukanlah dari kalanganku (bukan umatku).” [Muttafaqun ‘Alaih]
HUKUM-HUKUM NIKAH
Syari’at Islam telah menetapkan hukum-hukum tertentu mengenai nikah atau kahwin yang dapat dibahagikan kepada lima iaitu ;
SUNAT
Syara’ menyarankan supaya seseorang itu sunat bernikah apabila dia berada dalam keadaan seperti berikut;
☼ Berkemampuan dan berkelayakan.
☼ Mempunyai keinginan untuk berkahwin serta cukup perbelanjaan.
☼ Mampu mengawal diri dari terlibat dengan perbuatan keji sekalipun tidak berkahwin.
☼ Berkemampuan menjalankan tanggungjawab rumahtangga.
Bagi orang yang tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup, maka tidak berkahwin lebih baik baginya, dan untuk mengurangkan nafsu jantinanya hendaklah ia berpuasa. Sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. ;
“Wahai golongan pemuda-pemuda sesiapa di antara kamu mampu berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan mata dan memelihara faraj (kemaluan), dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, kerana dengan berpuasa itu dapat menjadi perisai (dapat mengurangkan nafsu jantinanya).” [Muttafaqun ‘Alaih]
MAKRUH
Makruh nikah ke atas seseorang individu jika sekiranya dia berada dalam keadaan berikut ;
☼ Seseorang yang merasakan takut berlaku perkara-perkara yang dianggap zalim, atau jahat yang memudharatkan bakal isterinya, tetapi tidaklah dalam perasaan yakin atau pasti akan berlaku, meskipun dia terdiri daripada kalangan orang yang agak kurang kemampuan nafkah.
☼ Menghidap penyakit yang berpanjangan dan sakit yang berkekalan.
☼ Lemah dan tidak berupaya kerana usia yang terlalu tua.
☼ Lemah tenaga batin (mati pucuk) atau terpotong zakarnya.
☼ Hilang keinginan kelamin.
☼ Terlalu kuat beribadat sehingga merasakan ia sanggup mengekang nafsunya.
WAJIB
Umumnya, para fuqaha (ulama’ fiqh) menetapkan nikah akan menjadi wajib ke atas seorang lelaki iaitu ;
☼ Apabila seseorang itu yakin terjerumus ke lembah perzinaan sekiranya dia tidak berkahwin,
☼ Mampu mengadakan perbelanjaan seperti mahar (mas kahwin), nafkah isteri dan kewajipan-kewajipan lain yang dituntut oleh syara’ (memenuhi hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan).
☼ Tidak mampu memelihara diri daripada terjebak melakukan zina hanya dengan berpuasa.
Hukum wajib berkahwin ini juga adalah ditujukan kepada orang yang kuat nafsu jantinanya di mana kalau tidak berkahwin dibimbangi melakukan kejahatan atau kemaksiatan.
HARAM
Diharamkan oleh syara’ ke atas seseorang lelaki untuk berkahwin sekiranya dia ;
☼ Terdiri daripada kalangan orang yang berkeyakinan tidak akan dapat melaksanakan kewajipannya sebagai seorang suami.
☼ Yakin berlakunya penganiayaan dan kemudharatan terhadap perempuan yang bakal dikahwini sekiranya dia berkahwin.
☼ Tidak dapat berlaku ‘adil apabila dia berpoligami.
Firman Allah (Surah an-Nuur : 33) ;
“Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.”
HARUS
Nikah menjadi harus apabila seseorang itu tidak mempunyai sebarang halangan syara’ dan sempurna syarat dan keperluan. Sesetengah ulama’ feqah menyamakan hukum harus nikah ini dengan hukum sunat kerana tidak ada perbezaan yang ketara antara kedua hukum tersebut. Walau bagaimanapun, nikah kahwin ini pada asal hukumnya adalah harus.

MEMILIH ISTERI
Memilih pasangan teman hidup adalah merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam perkongsian hidup kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itulah, perlu diamati di dalam memilih pasangan supaya dapat menjamin kebahagiaan hidup kekeluargaan sebagaimana yang diharap-harapkan. Keutamaan dalam pemilihan itu banyak, namun dalam Islam pemilihan terhadap bakal isteri itu ditumpukan (disunatkan) kepada sifat-sifat berikut ;
1. Perempuan yang masih gadis, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a., baginda Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Hendaklah engkau berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau senda dengannya dan dia boleh bergurau senda dengan engkau.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Sementara dalam hadith yang lain, baginda telah bersabda ;
“Kahwinilah gadis-gadis, sesungguhnnya mereka lebih sedap mulutnya dan lebih banyak melahirkan serta lebih rela menerima (pemberian) yang sedikit.” [HR At-Thabrani]
Ini adalah bagi lelaki biasa. Sementara bagi lelaki yang mempunyai sifat seperti lemah tenaga batin atau yang memerlukan wanita yang lebih berpengalaman untuk mendidik dan menjaga keluarga, tidaklah disunatkan baginya memilih wanita yang masih gadis.
2. Perempuan yang kuat agamanya. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka kahwinilah perempuan yang beragama, engkau akan beroleh keuntungan dunia dan akhirat.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
3. Keturunan banyak anak. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Kahwinilah perempuan yang berketurunan banyak anak yang bersifat kasih sayang kerana aku akan berbangga dengan mempunyai umat yang ramai di hari Qiamat kelak.” [HR Abu Daud]
4. Keturunan baik-baik. Maksud keturunan baik-baik di sini tidaklah terbatas terhadap keturunan yang terkenal sahaja, malah keturunan yang berakhlak tinggi.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Jauhilah kamu dari menyemai benih di bakul sampah.” Mereka bertanya, “Siapakah dia wahai Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Perempuan yang cantik lahir di tempat kejahatan.”
5. Perempuan yang tidak ada hubungan keluarga dengan lelaki itu. Maksudnya perempuan yang ajnabiah (bukan dari kalangan keluarganya). Sekiranya hendak berkahwin dengan perempuan yang ada hubungan keluarga juga, hendaklah dengan keluarga yang jauh. Menurut pandangan ulama’ mengahwini keluarga terdekat akan melahirkan anak menjadi kurus ataupun bodoh.
Imam as-Syafi’e berpendapat, memilih keluarga yang jauh sebagai bakal isteri adalah sunat daripada memilih perempuan ajnabiah. Semnentara memilih bakal isteri dari perempuan ajnabiah dan bukan kerabat terdekat itu membawa anaknya menjadi cerdik. Manakala menurut pendapat sesetengah ulama’ : Mengahwini perempuan asing itu melahirkan anak yang cerdik dan kahwin dengan sepupu akan melahirkan anak yang kurang cerdas dan kurus.
HUKUM MEMANDANG PEREMPUAN
1. Pandangan lelaki yang baligh terhadap perempuan yang bukan muhrimnya - selain daripada muka dan dua tapak tangan dengan sengaja adalah haram, walaupun tidak dengan pandangan nafsu dan tidak menimbulkan fitnah. Memandang muka dan dua tapak tangan juga diharamkan jika ditakuti boleh menimbulkan fitnah.
Menurut pendapat yang muktamad memandang muka dan dua tapak tangan diharamkan juga walaupun tidak menimbulkan fitnah, kerana pandangan itu boleh mendorongkan nafsu dan boleh membawa kepada fitnah.
Firman Allah (Surah an-Nuur : 30) ;
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
Menurut pendapat yang lain, memandang muka dan dua tapak tangan diharamkan kerana berdasarkan Firman Allah (Surah an-Nuur : 31) ;
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya.”
2. Pandangan suami terhadap isteri dan hamba perempuan kepunyaannya.
Suami diharuskan memandang seluruh tubuh badan isterinya begitu juga hamba perempuan kepunyaannya kecuali kemaluan. Memandang kemaluan tanpa sesuatu hajat adalah makruh.
Sayyidatina Aisyah r.a. berkata ;
“Aku tidak pernah memandang daripada Nabi dan Nabi juga tidak pernah memandang diriku (maksudnya kemaluan).” Hukum pandangan isteri terhadap suami adalah sama dengan hukum suami memandang isteri.
3. Memandang perempuan yang diharamkan kahwin dengannya (muhrim).
Hukumnya harus kecuali antara pusat dan lutut sama ada perempuan itu haram dengan sebab musaharah (persemendaan), nasab (keturunan) ataupun radha’ah (susuan).
4. Memandang perempuan untuk dikahwini.
Hukumnya sunat, kerana sabda Rasulullah s.a.w. kepada Syu’bah bin Mughairah yang hendak meminang seorang perempuan,
“Lihatlah perempuan itu kerana yang demikian akan melahirkan kasih sayang dan mesra di antara kedua kamu.”
Waktu memandang ialah sebelum melakukan pinangan. Memandang perempuan yang hendak dikahwini itu tidaklah disyaratkan mendapat kebenaran darinya atau dari walinya, kerana sudah dengan kebenaran yang diberikan oleh syara’. Sekiranya meminta kebenaran terlebih dahulu besar kemungkinan perempuan itu akan bersolek menghiasi tubuh badannya terlebih dahulu. Dengan ini hilanglah tujuan asal iaitu untuk mengetahui kecantikan yang asli.
Harus diulangi beberapa kali penglihatan tersebut supaya tidak menimbulkan penyesalan di kemudian hari. Penglihatan itu terbatas kepada dua tapak tangan dan muka sahaja. Rahsia pembatasan ini ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan dua tapak tangan menunjukkan kesuburan tubuh badannya.
5. Memandang perempuan untuk memberi rawatan.
Hukumnya harus pada anggota-anggota yang hendak dirawat sekalipun kemaluan, tetapi hendaklah bersamanya suami, muhrimnya atau perempuan yang boleh dipercayai, dengan syarat tidak ada perempuan yang boleh merawatnya (tidak ada doktor perempuan).
6. Memandang perempuan untuk dijadikan saksi.
Harus memandang perempuan untuk menjadi saksi di dalam suatu perkara pada anggota-anggota yang diperlukan, seperti memandang pada kemaluan untuk menjadi saksi terhadap perbuatan zina, memandang muka untuk mengenali perempuan yang menjadi saksi di dalam suatu hal dan memandang mukanya dalam kira bicara seperti berjual beli dan sebagainya.
7. Memandang tubuh badan hamba perempuan yang hendak dibeli.
Hukumnya harus selain dari antara pusat dan lutut. Ini bagi pembeli lelaki, begitu juga bagi pembeli perempuan harus memandang tubuh badan hamba lelaki yang hendak dibelinya, selain dari antara pusat dan lutut.
8. Memandang perempuan untuk mengajar.
Harus memandang perempuan untuk mengajarnya dalam perkara-perkara yang wajib diajar dengan syarat susah untuk mengajarnya dengan tidak dipandang mukanya dan disyaratkan juga guru dan murid mestilah bersifat jujur.
HIKMAT NIKAH / PERKAHWINAN
1) Perkahwinan dalam Islam adalah merupakan Sunnatullah.
Perkahwinan merupakan salah satu daripada sunnatullah bagi makhluk berdasarkan kepada ciptaan Allah secara semula jadi. Ia mencakupi secara umum semua jenis makhluk seperti alam tumbuh-tumbuhan, alam haiwan demikian juga alam jin dan manusia. Sebagaimana Firman Allah (Surah az-Zaariyat : 49) ;
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).”
Dari ayat tersebut, jelas membuktikan bahawa kehidupan berpasangan adalah salah satu kehendak Allah s.w.t. terhadap ciptaanNya di dunia ini, iaitu dengan berpasangan meyakinkan hidupan membiak terus menerus. Demikian juga berlaku ke atas umat manusia yang dikenali dengan perkahwinan.
Agama Islam memelihara bangsa manusia yang sesuai dengan kejadiannya mengikut asal fitrahnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya telah menjadi adat kebiasaan dan logik akal, seorang insan itu tidak akan wujud melainkan melalui perhubungan kedua ibu bapa (yang terdiri dari pasangan lelaki dan perempuan) iaitu menerusi ikatan perkahwinan yang merupakan sebahagian daripada hukum Allah (Sunnatullah).
Agama Islam sama sekali melarang keras malah mengharamkan perhubungan antara lelaki dan perempuan kecuali yang diasaskan di atas pernikahan yang sah mengikut syariat. Sehubungan dengan itu, sekiranya pernikahan diharamkan, maka akan terhapuslah bangsa manusia dan rosak binasa lah kedudukan makhluk Allah yang bernama manusia.
2) Perkahwinan adalah merupakan salah satu sunnah Rasulullah.
Pernikahan atau perkahwinan ini juga adalah merupakan salah satu di antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. di mana baginda menggalakkan umatnya agar berkahwin apabila sudah sampai masanya dan memenuhi kriteria-kriteria untuk berumah tangga. Saranan baginda kepada umat Islam ini banyak dinyatakan dalam hadith-hadith baginda.
Menolak atau mengabaikan perkahwinan adalah perbuatan yang menyimpang dari sunnah Rasulullah s.a.w. Pada dasarnya, perkahwinan adalah sebahagian dari fitrah manusia dan berdasarkan fitrah itulah Allah menciptakan manusia. Lantaran kerana itulah Rasulullah s.a.w. melarang dari bersikap menolak atau mengabaikan perkahwinan, bahkan dengan tegas baginda mencela keras dan tidak mengakui orang-orang yang seperti itu sebagai umat baginda. Mengenai hal tersebut, Rasulullah s.a.w. telah bersabda ;
“Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, dia bukan dari aku (bukan dari kalangan umatku). Dan sesungguhnya berkahwin adalah sunnahku, maka sesiapa yang mengasihiku hendaklah dia melaksanakan sunnahku.” [HR Ahmad ibn Hanbal]
Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa orang yang hidup membujang (tidak mahu kahwin) adalah orang yang sia-sia hidupnya, dan mereka juga merupakan orang yang akan mati sia-sia. Abu Dzar al-Ghiffari r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ;
“Orang yang buruk di antara kamu ialah mereka yang hidup membujang dan di antara kamu yang matinya sia-sia ialah mereka yang hidup membujang.” [HR Ahmad ibn Hanbal]
Banyak hadith yang menggalakkan perkahwinan dan memperbanyakkan keturunan. Salah satu di antaranya hadith berasal dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Ada tiga perkara yang Allah bersedia menolongnya, iaitu ;
& Orang yang berjuang di jalan Allah,
& Budak yang mencari wang untuk membebaskan dirinya,
& Orang yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya.”
[HR at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim]
Bagi menggalakkan perkahwinan, Rasulullah s.a.w. memandang perkahwinan itu sebagai sebahagian daripada iman dan separuh daripada agama. Baginda menegaskan dalam hadith ;
“Seorang hamba Allah yang telah beristeri, dia telah melengkapi separuh agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.” [HR al-Baihaqi]
Rasulullah s.a.w. juga telah menjelaskan tentang perbezaan antara ibadah orang yang telah berkeluarga dengan ibadah orang yang hidup membujang melalui hadith baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ;
“Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang berkeluarga lebih afdhal daripada tujuh puluh rakaat yang dilakukan oleh orang yang hidup membujang.”
Kaum salafussoleh dari kalangan para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan golongan Tabi’in r.a. memahami betapa pentingnya perkahwinan, bagaimana kedudukannya di dalam Islam dan betapa besar kemaslahatannya dalam urusan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka sangat mengambil berat tentang persoalan mengenai perkahwinan, lantas mereka segera melaksanakan perkahwinan apabila keadaan telah mengizinkan iaitu dengan niat untuk menyempurnakan penghayatan agama dan juga untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan perkahwinan mereka juga bermaksud hendak mempereratkan lagi tali persaudaraan dan hubungan keturunan di antara sesama kaum muslimin. Dengan mempunyai anak yang ramai pula akan mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t. untuk memperolehi perlindungan sebaik-baiknya dan kemudahan mencari rezeki serta menambahkan lagi kekuatan umat Islam dalam perjuangan menegakkan syiar Allah. Disamping itu juga, melalui perkahwinan mereka dapat menjauhi gelora hawa nafsu dengan cara yang sah, dapat menjernihkan hati dan menjamin kebersihan jiwa.
Abdullah ibn ‘Abbas r.a pernah mengatakan ;
“Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah!”
Dalam keadaan yang sakit tenat, Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata ;
“Kahwinlah aku, kerana aku tidak ingin mengadap Allah dalam membujang!”
Amirul Mu’minin Sayyidina Umar ibn al-Khattab r.a. pula pernah berkata ;
“Tidak ada yang mencegah perkahwinan selain mati pucuk (al’ajzu) dan perzinaan (al-fujur).”
Menerusi ikatan perkahwinan antara kedua suami isteri akan melahirkan zuriat-zuriat sebagai salah satu anugerah dan amanah Allah kepada mereka. Justeru, agama Islam memandang anak-anak yang lahir dan soleh sama kedudukan dengan tiga bentuk kebajikan yang akan terus menerus diterima pahalanya oleh orang yang telah meninggal dunia (terutama kedua ibu bapanya). Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda ;
“Apabila seorang anak Adam telah meninggal dunia, terputuslah sudah semua amalan kebajikannya kecuali tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh (yang boleh mendoakan kedua orang tuanya).”
Sementara bagi ayah dan ibu yang kematian anak-anaknya semasa kecil, kemudian mereka tabah dan sabar menerima takdir Allah s.w.t., maka dengan kesebaran mereka itu keduanya mendapat balasan pahala yang besar dan kedudukan yang mulia disisi Allah.
Mu’adz bin Jabal r.a. meriwayatkan sebuah hadith, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Dua orang Muslim (suami isteri muslim) yang kematian tiga orang anaknya, Allah akan memasukkan kedua-duanya (suami isteri itu) ke dalam syurga sebagai limpahan rahmatNya kepada mereka (tiga orang anak yang meninggal dunia).” Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimanakah bila yang meninggal dunia itu dua orang anak?” Baginda menjawab, “Dua orang anak pun demikian juga.” Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika yang meninggal itu seorang anak?” Baginda menjawab, “Seorang anak pun demikian juga.” Kemudian baginda melanjutkan ucapannya, “Demi Allah yang nyawaku berada di tanganNya, anak yang lahir dalam keadaan mati, jika ibunya sabar dan redha menerima takdir Allah, anak itu dengan tempat dia dilahirkan akan menarik ibunya ke dalam syurga.”
3) Perkahwinan adalah Ibadah.
Pengertian Ibadah dalam Islam amat luas. Islam memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi mencari keredhaan Allah adalah dianggap sebagai ibadah dan mendapat ganjaran pahala daripadaNya. Demikian juga setiap suap nasi yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan rela, ikhlas dan senang hati memperolehi balasan pahala. Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. ;
“Nafkah apapun yang engkau berikan dengan harapan memperolehi keredhaan Allah, pasti engkau mendapat pahalanya, bahkan apa saja yang engkau suapkan ke mulut isterimu.”
Kedua-dua pasangan suami isteri apabila berkahwin mereka berniat hendak menjaga kesucian diri dari perbuatan yang diharamkan Allah (iaitu zina) dan berniat hendak memperbanyakkan jumlah umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan kelahiran zuriat yang soleh yang akan menjadi para pendakwah (da’i) agama Islam dan menegakkan syiar di jalan Allah, maka persetubuhan di antara kedua suami isteri itu juga dikira sedekah dan ibadah.
Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari r.a. ;
Beberapa orang dari para Sahabat Nabi s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang kaya banyak memperolehi pahala. Mereka menunaikan sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka!” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah Allah telah memberikan kepada kamu banyak hal yang dapat kamu sedekahkan? Tiap satu kali tasbih (mengucapkan SUBHANALLAH) adalah sedekah, tiap satu kali takbir (mengucapkan ALLAHU AKBAR ) adalah sedekah, tiap satu kali tahmid (mengucapkan ALHAMDULILLAH ), tiap satu kali tahlil (mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH ) adalah sedekah, tiap ‘amar ma’aruf adalah sedekah, tiap nahi mungkar adalah sedekah. Bahkan jika seorang dari kamu bersetubuh dengan isterinya adalah sedekah.!” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah jika seorang dari kami memenuhi kehendak hawa nafsunya itu dia mendapat pahala?” Baginda menjawab, “Tahukah kamu, jika hal ini dilakukan oleh seseorang secara haram dia terkena dosa?” Mereka menjawab, “Ya tentu!” Rasulullah s.a.w. kemudian menegaskan, “Demikian juga jika hal itu dilakukan secara halal, dia mendapat pahala.”
4) Perkahwinan merupakan cara untuk mendapat Maghfirah (Pengampunan Allah), Peningkatan Darjat dan Istiqamah (kemantapan Iman dan kelurusan sikap).
Di dalam perkahwinan terdapat unsur perjuangan melawan hawa nafsu, latihan didikan jiwa dengan tujuan menjaga, mengasuh, memelihara dan memenuhi kewajipan terhadap keluarga, sabar menghadapi perangai wanita, tabah menghadapi gangguan mereka, berusaha memperbaiki dan menunjukkan mereka ke jalan Allah, bekerja keras untuk mencari nafkah yang halal bagi mereka dan terus menerus memberikan pendidikan yang positif dan dinamik kepada anak-anak.
Kesemua tugas dan tanggungjawab yang disebutkan dipikul oleh suami isteri selepas melangkah ke alam perkahwinan, merupakan amal perbuatan yang amat besar ganjarannya disisi Allah di mana ia memerlukan ketabahan dan pengorbanan dalam menempuh segala apa jua rintangan dan dugaan di dalam kehidupan berumahtangga. Justeru, majoriti tugas tersebut melibatkan pengasuhan, penjagaan, mengasuh, mendidik dan memimpin. Suami selaku ketua keluarga menjadi pemimpin, sementara isteri dan anak-anak adalah pihak yang dipimpin, disuh dan dipelihara.
Hadith yang diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma’di Karb r.a. mengatakan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ;
“Apa yang kamu dapat untuk makanmu sendiri itu adalah sedekah bagimu, makanan yang engkau berikan kepada anakmu itu adalah sedekah bagimu, makanan yang engkau berikan kepada isterimu adalah sedekah bagimu, dan makanan yang engkau berikan kepada pelayanmu itupun sedekah bagimu.”
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Amamah Al-Bahili r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Barangsiapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti’faf (tidak meminta-minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan barangsiapa yang membiayai isteri, anak-anak dan sekalian ahli rumahnya juga adalah sedekah.”
5) Untuk memenuhi kehendak naluri dan fitrah semulajadi manusia.
Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dan menanamkan ke dalam kejadian dan kewujudannya keinginan dan tabiat seksual. Disebabkan agama Islam itu adalah agama fitrah (yang bertepatan dengan fitrah dan keadaan semula jadi penciptaan makhluk Allah), maka Islam telah meletakkan syariat pernikahan itu sebagai memenuhi tuntutan fitrah iaitu keinginan melakukan jima’, seterusnya mengaturkan segala sistem, tata tertib, undang-undang dan peraturan yang berhubungkait dengan perkahwinan.
Firman Allah (Surah an-Najm : 45 – 46) ;
“Bahawasanya Dia lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani, apabila dipancarkan....”
6) Perkahwinan merupakan suatu cara untuk memelihara dan memperbaiki akhlak dan budi pekerti dengan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang terkutuk seperti zina, khalwat atau liwat.
Dalam pandangan Islam, perkahwinan adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk menjaga kemaslahatan umat dari kerosakan dan kemerosotan akhlak. Selain itu, perkahwinan juga menjaga keselamatan individu daripada pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin lain dapat dipenuhi dan disalurkan melalui perhubungan yang halal iaitu ikatan perkahwinan yang sah. Atas sebab inilah, Islam memberi perhatian yang khusus kepada kaum pemuda mengenai soal perkahwinan, untuk menyelamatkan mereka daripada perbuatan liar, keruntuhan akhlak, keburukan tingkah laku dan sebagainya.
Sekiranya seseorang insan itu dihalang dari melangsungkan pernikahan yang dibenarkan oleh syariat, maka nafsunya akan cenderung untuk memenuhi hajatnya dengan jalan yang terlarang iaitu melalui perzinaan dan seks rambang. Sedangkan setiap perhubungan seksual yang dilakukan antara seorang lelaki dan perempuan bukan di atas asas pernikahan yang sah, maka ia adalah perzinaan serta penyelewengan dan amat dikutuk oleh Allah.
Firman Allah (Surah al-Israa’ : 32) ;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina (kerana) sesungguhnya ia (zina itu) adalah satu kekejian dan seburuk-buruk jalan....”
Perkahwinan juga dapat meredakan keresahan hati, membersihkan jiwa, menjaga keselamatan agama dan menjaga diri dari perbuatan yang terkutuk. Bagi orang yang berkemampuan melaksanakan perkahwinan dan mampu menanggung beban tanggungjawab rumahtangga, maka adalah perlu baginya segera berkahwin. Tentang ukuran kemampuan adalah berbeza mengikut keadaan, waktu dan tempat menurut kebiasaan dan pendapat masing-masing. Sementara bagi orang yang belum memiliki kemampuan berumahtangga pula, maka untuk menjaga keselamatan agamanya dan akhlaknya serta menjaga diri dan mengendalikan tuntutan nafsunya agar tidak mudah tergelincir ke dalam perbuatan yang dilarang oleh agama, maka dia perlulah berpuasa.
7) Perkahwinan dari sudut kesihatan - Untuk mengelakkan dari sebarang penyakit yang merbahaya, berjangkit dan boleh memudharatkan kesihatan tubuh badan.
Islam juga memandang bahawa perkahwinan itu sebagai salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kaum lelaki daripada keburukan dan bahaya yang dilakukan secara tersembunyi, penyelewengan seks dan segala gejala sosial yang boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental, jasmani dan rohani.
Seseorang yang mempunyai akal yang waras sudah setentunya memutuskan bahawa perlakuan zina dan seks rambang itu adalah tanda-tanda keruntuhan dan kerosakan akhlak dan etika moral, bahkan merupakan salah satu penyebab kemusnahan institusi kekeluargaan. Justeru perlakuan zina dan seks rambang itu juga mencemarkan maruah dan kehormatan insan serta menjadi penyebab kepada tersebarnya pelbagai jenis penyakit kelamin seperti sifilis, HIV, gonorhea dan sebagainya, yang akhirnya akan memudharatkan kesihatan.
Hadith Rasulullah s.a.w. ;
Ada tujuh golongan orang yang pada Hari Qiamat kelak, Allah s.w.t. tidak sudi memandang mereka dan tidak akan membersihkan mereka daripada dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman, “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang lain yang dimasukkan ke dalamnya!” Tujuh golongan itu ialah ;
M Golongan homoseks,
M Orang yang melakukan perbuatan melancap (onani),
M Orang yang memuaskan hawa nafsunya dengan haiwan,
M Mereka yang menyetubuhi dubur isterinya,
M Mereka yang mengahwini perempuan dan anak tirinya,
M Mereka yang berzina dengan perempuan jirannya,
M Mereka yang mengganggu tetangganya sehingga dia dikutuk olehnya.” [HR at-Thabrani]
Dalam sebuah hadith lain pula dari Anas bin Malik r.a. pula mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Jika umatku menghalalkan lima perkara, mereka pasti ditimpa kehancuran, iaitu ;
M Bila mereka saling laknat-melaknati,
M Bila mereka minum arak,
M Bila mereka memakai pakaian sutera (mempamerkan kekayaan dan kemewahan),
M Bila mereka menyimpan perempuan simpanan (hidup bersama perempuan tanpa nikah),
M Bila ramai lelaki memuaskan hawa nafsu dengan sesama lelaki dan perempuan memuaskan hawa nafsu dengan sesama perempuan.” [HR al-Baihaqi]
8) Perkahwinan dari sudut kemasyarakatan - Untuk mengeratkan tali persaudaraan di dalam masyarakat.
Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah suatu cara yang bermanfaat bagi tujuan-tujuan sosial yang mulia, dan menjamin lagi lahirnya hubungan yang kukuh di antara anggota-anggota masyarakat. Ikatan persaudaraan dan perhubungan ukhuwah Islamiah akan terjalin iaitu menerusi ikatan pernikahan, di antara pasangan suami isteri mempertemukan kedua-dua buah keluarga sama ada dari pihak suami atau isteri. Lingkungan kaum kerabat dapat diperluaskan sekaligus mewujudkan sikap saling tolong-menolong di antara sesama insan.
Begitu juga seandainya tiga orang lelaki yang bersaudara berkahwin dengan tiga orang wanita dari keluarga yang berlainan, maka perkahwinan mereka itu menjadi meluas iaitu saling berkenalan dan saling bersefahaman di antara beberapa lingkungan keluarga, atau beberapa puak dan beberapa suku bangsa, akan menyebabkan pembentukan dan ikatan perhubungan kekeluargaan yang lebih besar hasil daripada ikatan perkahwinan. Hubungan itulah yang dinamakan silaturrahim atau hubungan kekerabatan (persaudaraan). Hubungan seumpama ini dengan sendirinya menimbulkan semangat bantu-membantu, cinta-mencintai dan saling kenal-mengenali di antara semua anggota keluarga.
9) Perkahwinan dari sudut politik - Untuk membiakkan keturunan umat manusia.
Keutuhan dan kemuliaan suatu umat atau bangsa tidak mungkin tercapai sekiranya umat atau bangsa tidak memiliki persediaan dan kemampuan yang secukupnya. Kekuatan tersebut tidak lepas daripada dua bentuk asas iaitu ;
(a) Kekuatan Spiritual
(b) Kekuatan Material
Umat atau bangsa yang memiliki dua kekuatan itu dengan sempurna akan dapat menguasai dunia. Dengan kedatangan Islam, kekuatan spiritual itu lahir dari keimanan kepada Allah s.w.t. Sedangkan unsur kekuatan material yang terpenting pula ialah kaum pemuda yang memiliki semangat perjuangan. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya melaksanakan perkahwinan dan seterusnya melahirkan anak cucu (keturunan yang soleh, sihat dan kuat jasmaninya, serta sanggup bekerja keras dan berjuang di jalan Allah). Mereka itulah nanti yang akan membela dan mempertahankan umat dan bangsanya, melindungi negerinya daripada serangan musuh dan menyebarluaskan agama Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada Hari Kiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak daripada umat-umat yang lain.” [HR al-Baihaqi]
10) Perkahwinan adalah salah satu cara yang dihalalkan oleh syara’ bagi pasangan lelaki dan perempuan yang bergelar suami isteri untuk menikmati perhubungan kelamin (jima’) atau istimta’, disamping pergaulan dalam rumahtangga.
11) Menerusi ikatan perkahwinan juga akan melahirkan zuriat-zuriat (anak-anak) sebagai penyambung keturunan dan kasih sayang antara kedua pasangan suami isteri.
12) Untuk memimpin kedua-dua suami isteri supaya masing-masing tahu akan tanggungjawabnya, iaitu tanggungjawab suami terhadap isteri dan begitulah sebaliknya. Tidak terkecuali juga tanggungjawab bersama terhadap anak-anak yang lahir dari percantuman keduanya.
13) Untuk menggalakkan suami (dan juga isteri) supaya lebih giat mencari kehidupan sehingga mencapai taraf ekonomi yang lebih tinggi.
14) Untuk mengelakkan dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan. Dalam erti kata lain, anak-anak yang tidak beribu atau berbapa, yang menyebabkan anak-anak tersebut tidak mendapat penjagaan yang secukupnya dari pelbagai segi.
15) Untuk menyusun dan mengaturkan rumahtangga atas dasar kasih sayang dan perasaan muhibbah yang terjalin antara lelaki dan perempuan. Selain itu juga melalui perkahwinan dapat mewujudkan konsep mawaddah, sakinah dan rahmah ke dalam kehidupan berumahtangga.
qalam_azraq, 27092008 / 6.25am

0 comments:
Post a Comment