MEMILIH JODOH
Panduan 1 : Memilih Calon Suami atau Isteri
Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan. Sampai waktunya seorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan. Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturan agama dan adab sopan santun dalam memenuhi keinginannya. Dia akan mendapatkan nasihat dan panduan daripada orang yang lebih mengetahui dan berpengalaman dalam menentukan cara-cara untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan. Begitu juga perempuan yang baik dia tidak akan mengikut hawa nafsu atau perasaan sahaja. Dia akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.
Pemilihan suami atau isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan :
Æ Berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
Æ Berakhlak mulia dan sentiasa menjaga maruah.
Æ Berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain.
Æ Pandai berkomunikasi dan mesra dalam perhubungan.
Æ Tabah dan sabar.
Æ Jujur, bertanggungjawab dan bersifat penyayang.
Æ Setaraf atau sekufu dari segi keturunan, kedudukan, usia, penampilan diri, paras rupa dan seimbang dari segi pendidikan.
Æ Sihat atau berpotensi untuk melahirkan anak.
Æ Memahami prinsip kekeluargaan dan tujuan berkeluarga.
Æ Berasal daripada keluarga yang baik (soleh).
Sepuluh perkara yang tersebut adalah sebagai panduan umum tentang individu yang layak menjadi pilihan bakal suami atau bakal isteri, iaitu individu yang soleh daripada keluarga yang soleh. Panduan ini perlu diambilkira keseluruhannya supaya tujuan berumahtangga akan tercapai iaitu membina rumahtangga bahagia. Daripada suami dan isteri yang soleh, maka akan menjadikan bapa yang soleh dan ibu yang solehah selanjutnya membuahkan anak-anak yang solehin dan solehat. Mereka semua akan membentuk keluarga yang soleh dan melakukan amal soleh yang kemudiannya akan mewujudkan rumahtangga bahagia.
DALIL PEMILIHAN SUAMI ISTERI
1. Iman menjadi dasar pilihan utama :
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 221) ;
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrikin sehingga mereka beriman.”
Firman Allah (Surah al-Mumtahanah : 10) ;
“Dan janganlah berpegang pertalian dengan perempuan-perempuan yang tidak beriman.”
2. Teguh pegangan agama :
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama, nescaya berkatlah tanamanmu (hidupmu).” [HR al-Bukhari dan Muslim]
3. Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah :
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” [HR Ibn Hibban]
4. Berakhlak mulia dan bermaruah :
Firman Allah (Surah an-Nuur : 3) ;
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrikah, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
5. Setaraf atau kufu :
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Pilihlah untuk keturunan kamu dan kahwinilah orang yang kufu.”
6. Keturunan yang soleh :
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Pilihlah untuk keturnan kamu daripada keturunan yang terdidik di kalangan keluarga yang soleh kerana sesungguhnya akhlak ibu bapa itu mengalir kepada anak cucunya.”
7. Bersifat penyayang, sihat dan berpotensi untuk melahirkan anak :
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Berkahwinlah dengan perempuan yang pengasih dan kerap beranak.” [HR Abu Daud dan an-Nasa’ie]

Beberapa peringatan daripada isi kandungan Hadith Rasulullah s.a.w. :
Terhadap Pihak Lelaki :
: Berhati-hati daripada terpengaruh kepada hadra’ al-diman iaitu perempuan yang cantik dalam kumpulan yang jahat (berakhlak hina).
: Tidak terpesona dengan kecantikan perempuan kerana dengan kecantikan itu boleh merosakkan akhlaknya.
: Tidak terpesona dengan hartanya kerana ia boleh merosakkan kehidupannya.
: Sesiapa yang berkahwin dengan perempuan kerana keturunannya (mementingkan darjat dan kedudukan) , Allah akan merendahkan martabatnya.
: Keuntungan yang terbaik sesudah bertaqwa ialah isteri yang solehah, taat kepada suami, menyenangkan hati, memberi layanan baik, menjaga maruah dan harta suami ketika suami tiada bersama-samanya.
Terhadap Pihak Perempuan :
: Sekiranya pihak yang datang meminang itu, seseorang yang diketahui asal usulnya dan mempunyai agama dan akhlak yang baik, maka sayugialah diterima pinangannya dan kahwinkanlah mereka supaya mengelakkan fitnah dan keburukan.
: Pilihan anak perempuan terhadap lelaki yang memenuhi ciri-ciri bakal suami yang soleh hendaklah dihormati. Seandainya tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, maka bapa atau wali berhak menghalangnya.
: Tidak memaksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.
: Memastikan anak perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang sekufu.
: Janda-janda lebih berhak membuat keputusan untuk diri sendiri. Sementara bagi anak gadis pula diminta keizinannya dan keizinannya itu cukup dengan ia berdiam diri.
Panduan 2 : Cara Membuat Pilihan
Pihak yang terlibat membuat pilihan :
¥ Lelaki
¥ Perempuan
¥ Keluarga lelaki
¥ Keluarga perempuan
Semua yang terlibat mestilah :
Y Memahami dasar pemilihan dan menjadikannya sebagai asas untuk membuat pemilihan.
Y Berpegang kepada dalil Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah s.a.w.
Y Menghormati hak, kebebasan pendirian dan pendapat semua pihak.
Y Bermesyuarat atau berbinxang dengan semangat kekeluargaan dan bersikap terbuka.
Y Tidak terburu-buru membuat keputusan.
Y Melakukan solat Istikharah.
Y Menerima keputusan yang terbaik dan bertaqwa kepada Allah.
Pemilihan yang dibuat itu tidak semestinya bermula daripada pihak lelaki, malahan boleh daripada pihak perempuan. Cuma yang menjadi asas ialah adab dan tatasusila pemilihan itu dipatuhi dan dihormati.
Panduan 3 : Sirah Rasulullah s.a.w.
Diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. bahawa beliau menemui Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan mempelawanya supaya mengahwin anak perempuannya, Hafsah. Namun Sayyidina Uthman berasa serba salah dan tidak menjawab. Ini menjadi petanda bahawa Sayyidina Uthman tidak bersedia untuk menerima pelawaannya itu.
Maka Sayyidina Umar pun menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan perihal yang terjadi antara beliau dengan Sayyidina Uthman. Rasulullah bersabda, “Biarlah anak perempuanmu dikahwini oleh orang yang lebih layak (sesuai) baginya daripada Uthman, dan Uthman berkahwin dengan orang yang lebih layak baginya daripada anak perempuanmu.” Dengan itu, Rasulullah pun melamar Hafsah untuk dirinya dan melamar Uthman untuk puterinya.
Berdasarkan persitiwa ini, Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab berpendapat bahawa keturunan yang baik dan kufu hendaklah menjadi salah satu panduan utama membuat pilihan. Beliau pernah berkata, “Akan aku halang orang yang mempunyai keturunan yang baik melainkan dijodohkan dengan orang yang setara dengannya.” Pada masa yang lain, beliau berkata, “Jangan kamu paksa anak gadis kamu berkahwin dengan orang lelaki yang hodoh, sesungguhnya mereka suka akan apa yang kamu suka.”
Panduan 4 : Langkah Membuat Pilihan
{ Lahir keinginan yang kuat untuk berumahtangga.
{ Sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab rumahtangga.
{ Meninjau dan memerhatikan bakal calon mengikut cara-cara yang beradab dan mengikut tatasusila.
{ Mengenal pasti calon daripada pilihan sendiri atau dipilihkan oleh ibu bapa.
{ Mendapatkan maklumat peribadi calon iaitu tentang agama, akhlak dan keadaan hidup.
{ Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa.
{ Bersikap positif (puas hati) terhadap calon dan merasakannya sesuai untuk dijadikan teman hidup.
{ Berunding dengan ibu bapa atau ahli keluarga.
{ Berusaha memperlengkapkan diri bagi menyesuaikan diri dengan calon yang akan dipilih terutamanya dari segi kekufuan, pendidikan, pengalaman dan penampilan.
{ Membuat risikan melalui adat merisik.
{ Maklumat risikan dijadikan asas untuk membuat keputusan dan langkah selanjutnya.
{ Memohon petunjuk Allah bagi membuat keputusan yang sebaik-baiknya melalui Solat Hajat dan Solat Istikharah, dan bertawakkal kepada Allah.
Perlu diingatkan bahawa melihat dan meninjau calon pilihan dibolehkan hanya pada batas tujuan untuk merisik dan meminang sahaja, namun tidak dibolehkan lebih daripada itu kerana perbuatan yang berlebih-lebihan itu boleh menyebabkan terjadi maksiat.
qalam_azraq, 26092008 / 6.15am

0 comments:
Post a Comment