MAHAR
MAS KAHWIN
TA’RIF MAHAR
MAHAR dalam istilah Bahasa Melayu ialah Mas Kahwin. Maksudnya dari segi istilah ialah suatu jenis pemberian yang wajib yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
J Mahar - suatu pemberian yang diwajibkan ke atas seseorang suami apabila berlangsung perkahwinan di antaranya (suami) dengan perempuan yang menjadi isterinya.
J Menjadi hak mutlaq seorang isteri sekalipun belum disetubuhi oleh lelaki yang menjadi suaminya (Hak milik isteri secara global). Ertinya mahar tersebut tidak boleh digunakan oleh sesiapapun meskipun dari kedua ibu bapanya atau muhrimnya sendiri kecuali jika dia (isteri) mengizinkannya.
J Mahar boleh dibayar sama ada secara tunai ataupun hutang. Terpulang kepada persetujuan kedua belah pihak.
DARI SUDUT HUKUMNYA :
MAHAR adalah diwajibkan ke atas seorang suami menjelaskannya kepada perempuan yang sudah pun menjadi isterinya.
<>“Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) itu sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”
<>“Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka mas kahwin (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya setelah menentukan mas kahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
<>“Telah pun mengahwinkan oleh Rasulullah s.a.w. seorang lelaki dengan seorang wanita dengan mas kahwinnya sebentuk cincin besi.” [HR al-Hakim]
<>“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” [HR Bukhari dan Muslim]
Dari hadith tersebut, nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah, sama ada ia berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan mas kahwin. Lalu Rasulullah pun bertanya kepada lelaki itu ; “Adakah engkau sedikit dari ayat-ayat Al-Qur’an ?” Lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surah. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki tersebut dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya itu.
Kadar mas kahwin ini tidak dihadkan (tidak ditetapkan) oleh syara’ sama ada banyak atau sedikit. Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya mas kahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak (pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan) berdasarkan kepada kemampuan suami dan biasanya mengikut taraf atau darjat pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, syara’ tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
“Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah.” [Riwayat Abu Daud dan sahih al-Hakim]
Hadith tersebut di atas menunjukkan bahawa disunatkan mas kahwin itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya. Walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.
Mahar yang baik - Mahar yang sederhana kadarnya.
SYARAT-SYARATNYA :
Apa sahaja boleh dijadikan mas kahwin, sama ada dari bentuk barang atau harta benda, pekerjaan, kemahiran termasuk sebarang manfaat yang boleh mendatangkan hasil, apabila ia memenuhi syarat-syarat berikut ;
Æ Hendaklah diambil dari barang atau benda yang suci atau pekerjaan yang bermanfaat.
Æ Mahar yang diberikan adalah hak milik suami, maksudnya kepunyaan suami pada asalnya, bukannya sesuatu yang dipinjamnya daripada orang lain, barang sewaan, gadaian dan sebagainya.
Æ Mampu menyerahkannya kepada isteri. Mahar adalah tidak sah jika benda atau barang itu sedang dalam rampasan orang dan suami tidak mampu menyerahkannya kepada isteri.
Æ Diketahui sifat dan jumlahnya, seperti wang tunai $300, kitab suci Al-Qur’an, mengajarkan membaca surah al-Mulk, dan seumpamanya.
Contoh-contoh di zaman Rasulullah s.a.w. :
(Selayang pandang – berdasarkan beberapa Hadith Rasulullah s.a.w.)
1) Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda telah memerdekakan Safiyyah dan menjadikan kemerdekaannya itu sebagai mas kahwinnya.
2) Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah daripada bapanya bahawa Nabi s.a.w. telah mengharuskan perkahwinannya dengan seorang perempuan dengan sepasang sandal.
3) Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d, beliau berkata ;
Nabi s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan menjadikan sebentuk cincin sebagai mas kahwinnya.
4) Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a. menceritakan tentang Abu Talhah Al-Ansari yang telah meminang Ummu Sulaim. Sedangkan ketika itu kedua-duanya menganuti agama yang berlainan. Ummu Sulaim sudah memeluk agama Islam, sedangkan Abu Talhah masih lagi kafir. Setelah Abu Talhah menyatakan niatnya itu, maka Ummu Sulaim menjawab ; “Saya tidak menolak pinangan kamu, tetapi kamu adalah seorang kafir dan saya pula adalah seorang Islam. Jika kamu menganut Islam maka itulah mas kahwin saya.”
BAHAGIAN MAHAR
MAHAR terbahagi kepada dua bahagian iaitu ;
1. MAHAR MITHIL
Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarga yang paling dekat sekali. Seperti ibu, kakak, emak saudara dan seterusnya, disamping menilai keadaan perempuan itu sendiri seperti dari segi kecantikan, kekayaan, pendidikan dan sebagainya.
Kadar, jenis serta cara pembayarannya tidak ditetapkan di dalam masa akad, tetapi ia dibayar berdasarkan kepada kadar mas kahwin yang pernah diterima oleh keluarga dan kerabat isteri.
2. MAHAR MUSAMMA
Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu.
Mahar yang disebut dalam akad dan ditentukan kadarnya melalui persetujuan kedua belah pihak.
HUKUM MENYEBUT MAS KAHWIN SEMASA AKAD
Adapun hukum menyebut mahar (mas kahwin) semasa akad ini adakalanya sunat dan adakalanya wajib.
SUNAT
Menyebut mas kahwin semasa akad nikah adalah disunatkan, kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad apabila baginda menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, disamping dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Disunatkan bagi suami agar tidak mendukhul isterinya itu sehingga dia memberikan mas kahwin itu kepadanya.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad, bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah, tetapi makruh sahaja jika tidak disebut (pendapat al-Mawardi, al-Mutawalli dan ulama’ yang selain keduanya).

WAJIB
Kadangkala Wajib disebut mahar (mas kahwin) di waktu akad dalam keadaan-keadaan berikut ;
$ Apabila bakal isteri itu tidak harus bertasarrauf (berurusan), kerana masih budak kecil (kanak-kanak), gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi daripada mahar yang sepatutnya (mahar mithil).
$ Apabila bakal isteri itu sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri serta telah membenarkan wali untuk mengahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
$ Apabila bakal suami itu tidak harus bertasarruf (berurusan), kerana ia tidak boleh menguruskan hal ehwal dirinya sendiri seperti ia masih budak kecil (kanak-kanak), gila atau bodoh, dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran mas kahwin kurang daripada mahar mithil (mahar yang sepatutnya). Maka mas kahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Adapun maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, akan tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan mas kahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya (mahar mithil).
WAJIB MAHAR
Mas kahwin adalah wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad. Jika dinyatakan di masa akad, mas kahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut ;
O Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (wathi atau jima’) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari menjima’nya sehingga suami tersebut menentukan kadar mas kahwin yang akan diberinya, sama ada secara tunai atau hutang. Jika dijanjikan tunai, maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari menjima’nya sehingga dijelaskan mas kahwin itu.
O Bila penetapan mas kahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar mas kahwin tersebut, dan apabila qadhi menentukan mas kahwinnya, maka hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
O Apabila suami menjima’ isterinya, wajib dibayar mas kahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.
PERMASALAHAN YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN MAHAR
1. MASALAH WAJIB MEMBAYAR SEPENUH MAS KAHWIN (WAJIB MAHAR PENUH)
Para Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa mas kahwin itu WAJIB dengan sebab semata-mata akad. Lantaran itu, adalah wajib mas kahwin jika perkahwinan itu disebutkan mahar semasa akad dan diwajibkan Mahar Mitsil andainya perkahwinan itu tidak disebutkan mahar semasa akad atau pun disebutkan semasa akad tetapi sebutan itu fasid. Begitu juga jika berlaku persetujuan perkahwinan tanpa mahar, para Fuqaha’ bersepakat mengatakan WAJIB mahar pada akad yang sah dengan sebab dukhul ataupun kematian.
(i) DUKHUL HAKIKI :
Iaitu melakukan persetubuhan (jima’ atau wathi’) atau melakukan hubungan jenis walaupun secara haram di qubul atau dubur isteri dengan memasukkan hasyafah atau kadarnya, maka wajiblah ke atas suami membayar mahar kerana hasratnya sudah tercapai. Suami telah menyempurnakan haknya dengan melakukan jima’, dan isteri pula berhak menerima mahar sepenuhnya. Ini adalah berdasarkan Firman Allah (Surah an-Nisaa’ : 21) ;
“Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebahagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”
(ii) BERLAKU KEMATIAN :
Jika sekiranya seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warisnya (ahli waris suami) wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada jandanya (isterinya), dan jika sekiranya mas kahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar mithil (mengikut Jumhur Ulama’ dan Qaul azhar as-Syafi’iyah).
Sebaliknya, jika sekiranya seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan dan mas kahwin itu belum dijelaskan lagi sebelum itu., pihak suami wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada waris jandanya itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
Dari Alqamah katanya, “Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai menyetubuhi isterinya itu dan mas kahwinnya pun belum ditentukan kadarnya.” Kata Alqamah, “Mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah.” Maka Abdullah bin Mas’ud pun berpendapat, “Perempuan itu berhak mendapat mahar mithil sepenuhnya, dan perempuan itu juga berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia ber’iddah.” Maka ketika itu Bu’qal bin Sinan al’Ashja’ie menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memutuskan terhadap Barwa’ binti Wasyiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.
(iii) BERKHALWAT YANG SAHIH :
Suami isteri telah pun berada di suatu tempat yang memungkinkan boleh berlaku persetubuhan selepas akad nikah yang sah, serta tidak ada mani’ tabi’ie, mani’ zahiri atau mani’ syari’e yang menghalang mereka dari melakukan persetubuhan.
Contoh-contoh :
Mani’ Tabi’ie - Adanya orang ketiga yang berakal sama ada kecil atau besar.
Mani’ Zahiri - Terdapat kecacatan pada salah seorang di antara suami isteri seperti mati pucuk, ratqa dan qarna’.
Mani’ Syari’e - Suami isteri itu telah berpuasa Ramadhan ataupun sedang berada dalam ihram Haji atau Umrah.
Bagi mereka yang tersebut di atas adalah berhak menerima mas kahwin sepenuhnya pada pendapat al-Hanafiyah dan al-Hanabilah. Jika sekiranya mahar itu disebutkan semasa akad, dan jika tidak disebutkan maka wajib Mahar Mitsil. Sementara al-Malikiyah dan Qaul Jadid as-Syafi’ieyah pula berpendapat, tidak wajib mas kahwin dengan sebab berkhalwat sahaja tanpa persetubuhan.
(iv) BERSEKEDUDUKAN SUAMI ISTERI SELAMA SETAHUN DI RUMAH SUAMI TANPA DUKHUL (WATHI)
.
Tidak diwajibkan mas kahwin sepenuhnya pada pendapat al-Malikiyah apabila seorang lelaki mengahwini wanita serta dia menyerahkan diri kepada suaminya itu dan bersekedudukan selama setahun dengan suaminya tanpa melakukan persetubuhan, dengan syarat isterinya itu mampu dan suaminya sudah baligh serta kedua-duanya bersepakat mengatakan bahawa mereka berdua tidak pernah melakukan persetubuhan, kerana bersekedudukan itu telah menepati persetubuhan. Manakala bagi pendapat as-Syafi’ieyah pula, tidak wajib mas kahwin dengan sebab bersekedudukan tetapi wajib mahar dengan sebab berkhalwat yang sahih.
2. MASALAH GUGUR SEPARUH MAS KAHWIN - (WAJIB BAYAR SEPARUH MAHAR SAJA)
2. MASALAH GUGUR SEPARUH MAS KAHWIN - (WAJIB BAYAR SEPARUH MAHAR SAJA)
.
Para Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa WAJIB separuh mas kahwin untuk isteri yang diceraikan sebelum dukhul (persetubuhan) sama ada perceraian itu berupa talaq atau fasakh, iaitu apabila mas kahwin disebut semasa akad dengan sahih dan belum dijelaskan oleh suami. Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca daripada pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau keengganan suami menganut Islam selepas isterinya memeluk Islam, perceraian dengan sebab ilaa’ atau li’an, dan sebagainya.
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 237) ;
“Dan jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maskahwinnya, maka bayarlah seperdua dari maskahwin yang telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah, dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa. Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.”
3. MASALAH GUGUR SEMUA MAS KAHWIN - (TIDAK WAJIB MAHAR)
GUGUR semua mas kahwin daripada suami sekiranya berlaku salah satu dari perkara-perkara berikut ;
1) Perceraian sebelum dukhul yang berpunca daripada pihak isteri, seperti
Æ Isteri murtad atau keengganan isteri memeluk Islam apabila suaminya memeluk agama Islam (dan isteri itu bukannya kafir kitabiyah).
Æ Isteri memfasakhkan perkahwinan dengan sebab kecacatan atau kemiskinan suami.
Æ Suami memfasakhkan perkahwinan dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri.
2) Isteri menggugurkan semua mas kahwin sebelum dukhul atau selepasnya bila mana isteri itu dari kalangan ahli at-tabarru’ (orang yang berakal, baligh dan cerdik).
3) Isteri menghibahkan semua mas kahwin kepada suaminya sebelum dia terima atau selepasnya, bila mana isterinya itu dari kalangan ahli tabarru’.
4) Khulu’ (Tebus Talaq) – iaitu isteri yang meminta cerai daripada suami dengan cara bayaran. Gugur mas kahwin dari suami apabila isteri belum menerimanya. Sementara jika sudah menerimanya, adalah wajib bagi isteri memulangkan mas kahwin itu kepada suaminya.
HIKMAT MAHAR
Ugama Islam mewajibkan ke atas suami memberikan mahar kepada isterinya bukanlah bererti bahawa perempuan (isteri) itu dijadikan sebagai barang belian. Akan tetapi adalah sebagai satu lambang penghormatan dan memberikan nilai yang tinggi kepada perempuan. Difahami adalah menjadi tabiat semula jadi perempuan gemar kepada harta dan barang-barang perhiasan. Lantaran itu, ia melambangkan rasa penghormatan kepadanya sekaligus sebagai satu sumbangan yang bertujuan untuk memberikan kebahagiaan kepadanya.
Antara lain hikmat diwajibkan mahar ke atas para suami itu ialah :
& Untuk menzahirkan (menyatakan) ketulusan dan keikhlasan para suami untuk bergaul dengan isterinya dengan pergaulan yang mulia yang dibina di atas kehidupan berumahtangga (suami isteri) yang mulia juga.
& Menunjukkan bahawa suami mempunyai keupayaan untuk bersedia menghadapi pernikahan dan berkemampuan menyediakan apa yang diperlukan oleh wanita tersebut yang berupa pakaian dan nafkah.
& Sebagai tanda kesungguhan dan keinginan suami untuk melindungi dan menjaga wanita yang dinikahinya.
& Melindungi kehormatan wanita itu dari sikap suka mengumpulkan harta.
& Untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada isteri.
& Adapun pembayaran mas kahwin yang menyulitkan sama ada dengan kadarnya yang tinggi atau dengan ragaman serta aturcaranya yang menyusahkan bukanlah suatu amalan yang simple seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
& Keghairahan masyarakat Islam dewasa ini dalam meninggikan kadar mas kahwin atau belanja hangus ke atas kaum lelaki mungkin pada suatu waktu akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat di mana akan mengakibatkan bertambahnya bilangan kaum wanita yang lambat berkahwin atau mungkin tidak berkahwin langsung. Lanjutan daripada keadaan ini mungkin akan membawa kepada bertambahnya kadar amalan seks bebas di kalangan muda-mudi.

MUT’AH
TA’RIF MUT’AH
Selain daripada nafkah, upah penyusuan dan penjagaan anak, bekas suami juga diwajibkan dalam keadaan-keadaan tertentu memberikan mut’ah kepada bekas isterinya yang diceraikan.
Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah mu’tah ini ?
Adapun pengertian mut’ah dari segi bahasa ialah bergembira dengan sesuatu. Manakala dari segi istilah syara’ pula, mut’ah ialah suatu pembayaran saguhati yang diberikan oleh seorang (bekas) suami kepada (bekas) isterinya yang berupa wang ataupun barang.
Imam Nawawi r.a. telah mendefinisikan mut’ah sebagai salah satu jenis pemberian harta yang diwajibkan ke atas suami kerana berlaku perceraian dengan syarat-syarat tertentu. Sementara menurut pendapat Imam Hanafi, mut’ah ialah sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isterinya selepas berlaku perceraian antara mereka, seperti pakaian atau seumpamanya untuk mengurangkan tekanan perasaan isteri (yang diceraikan) dan sebagai bayar gantian kesepian isteri oleh sebab perceraian yang berlaku antara mereka berdua.
Sehubungan dengan itu, menurut satu pendapat, mut’ah pada asalnya merupakan amalan baik yang disunatkan berdasarkan Firman Allah (Surah al-Baqarah : 236) ;
“Hendaklah kamu memberikan mut’ah (iaitu pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut ukuruan kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patutnya, lagi menjadi satu kewajipan ke atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan.”
HIKMAT MUT’AH
Salah satu tujuan pemberian mut’ah digalakkan adalah semata-mata untuk meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang bekas isteri yang akan memulakan satu penghidupan baru secara sendirian sebelum dia dapat berkahwin dengan suami yang baru ataupun kembali semula kepada bekas suaminya. Suasana sendirian ini akan menyebabkannya menghadapi pelbagai kesulitan lahir dan batin. Dengan itu mut’ah diharapkan akan menjadi sebahagian daripada penawar kepada kedukaannya.
KADAR MUT’AH
Adapun kadar mut’ah tidak dibataskan, terpulang kepada kemampuan pihak suami (ditinjau dari sudut kedudukan kewangan dan pendapatan bulanan dari pekerjaannya). Suami yang kaya membayar dengan kadar yang sesuai dengan kekayaannya, dan begitulah sebaliknya. Ini adalah berdasarkan Firman Allah, dalam Surah al-Baqarah, ayat 236.
HUKUM WAJIB MEMBAYAR MUT’AH
Walaupun pada asalnya dihukumkan sunat, di dalam keadaan-keadaan tertentu, bekas isteri boleh menuntut mut’ah daripada bekas suaminya, dan kadangkala ia boleh juga menjadi satu pembayaran wajib. Antaranya ;
Æ Apabila seorang suami menceraikan isterinya sebelum menyetubuhinya dan sebelum membayar sebahagian daripada maharnya, maka bekas isteri berhak menuntut mut’ah daripada suaminya. Pada ketika itu, suami wajib membayarnya. Namun begitu, jika dia sudah mengambil sebahagian maharnya, maka dia tidak berhak lagi menuntut mut’ah.
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 236)
“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh mereka (bersetubuh) atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.”
Æ Setengah pendapat mengatakan, ia diwajibkan secara umum untuk bekas isterinya yang telah disetubuhi, sama ada telah ditetapkan kadarnya atau belum. Pendapat ini berdasarkan Firman Allah (Surah al-Baqarah : 241) ;
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati) dengan cara yang baik. Sebagai satu tanggungjawab (kewajipan) orang-orang yang bertaqwa.”
Æ Sebahagian ulama’ pula berpendapat, bahawa nas al-Qur’an adalah bersifat umum meliputi kesemua perempuan yang diceraikan, hinggakan perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi suaminya dan yang berhak mendapat separuh mahar, berhak mendapatkan mut’ah bersama-sama dengan kadar separuh mahar yang diwajibkan itu.
Persoalan : Apakah persamaan dan perbezaan di antara Mahar dengan Mut’ah ?
qalam_azraq, 28092008 11.45pm

0 comments:
Post a Comment