JENIS-JENIS TALAQ
TALAQ DARI SEGI SUNNAH & BID’AH
1. TALAQ SUNNI
2. TALAQ BID’IE
3. TALAQ SELAIN SUNNI & BID’IE
TALAQ DARI SEGI KEHARUSAN RUJUK
1. TALAQ RAJ’IE
2. TALAQ BA’IN
2. (a) TALAQ BA’IN KUBRA
2. (b) TALAQ BA’IN SUGHRA
2. TALAQ BID’IE
3. TALAQ SELAIN SUNNI & BID’IE
TALAQ DARI SEGI KEHARUSAN RUJUK
1. TALAQ RAJ’IE
2. TALAQ BA’IN
2. (a) TALAQ BA’IN KUBRA
2. (b) TALAQ BA’IN SUGHRA
TALAQ SUNNI
Talaq Sunni bererti talaq yang dilakukan mengikut sunnah iaitu mengikut kaedah yang ditentukan oleh syara’ yang merangkumi cara menjatuhkan talaq dan keadaan isteri semasa dijatuhkan talaq ke atasnya.
Talaq Sunni ini adalah bagi isteri yang pernah disetubuhi, kemudian dijatuhkan talaq ke atasnya ketika sedang suci daripada haidh dan tidak pula disetubuhi di dalam masa sucinya itu. Talaq Sunni ini adalah diharuskan kerana ia akan mencepatkan selesai tempoh masa iddahnya.
Melalui Talaq Sunni ini, ia dijatuhkan dengan semangat ihsan iaitu satu persatu dan tidak sekaligus. Ini bertujuan memberi ruang untuk menilai diri setiap yang terlibat dan akibat perceraian, positif dan negatif, kesan baik dan kesan buruk sehingga suami boleh merujuk isteri setelah talaq satu, tetapi masih dalam iddah raj’ie. Begitulah juga berlaku talaq yang kedua sehingga tiada jalan lain terpaksa mengharungi perceraian terakhir iaitu talaq tiga.
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 229) ;
“Talaq (yang hanya boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikan) dengan cara yang baik.”
Sehubungan dengan itu, keadaan isteri hendaklah suci pada waktu dijatuhkan talaq, berdasarkan Firman Allah (Surah at-Thalaq : 1) ;
“Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)* dan hitunglah waktu iddah itu .”
Adapun ‘masa’ yang dimaksudkan itu ialah waktu suci. Dan maksud suci ialah isteri dalam keadaan bersih (iddah) selepas haidh atau nifas dan belum disetubuhi lagi bagi menjaga kepentingan perempuan kerana jika dijatuhkan talaq pada masa haidh, nifas atau selepas disetubuhi, akan memanjangkan waktu iddah dan ini sudah tentu akan membebankan perempuan (bekas isteri).
TALAQ BID’IE
Talaq Bid’ie bermaksud talaq yang dijatuhkan dengan tidak mengikut kaedah syara’ sama ada cara-cara menjatuhkan talaq atau keadaan isteri ketika talaq itu dijatuhkan ke atasnya. Islam mengharamkan suami menjatuhkan talaq secara bid’ie dan dihukumkan berdosa jika dilakukan. Namun begitu talaq yang dilakukan dengan cara yang menyalahi syara’ ini tetap dihukumkan sah (jatuh talaq).
Talaq bid’ie yang dilarang itu ialah ;
1. Menjatuhkan talaq tiga sekaligus sama ada menyebut tiga talaq atau menyebut satu persatu tetapi berterusan pada satu tempat dan satu masa.
2. Menggugurkan talaq ke atas isteri yang pernah disetubuhi di waktu ia sedang di dalam haidh atau nifas.
3. Menjatuhkan talaq ketika isteri suci tetapi disetubuhi di dalam waktu sucinya itu.
Talaq jenis ini adalah ditegah dan dilarang. Seandainya dialakukan juga ia akan memberi kesan negatif terhadap perempuan (isteri) kerana menggugurkan talaq di waktu haidh akan menyebabkan panjangnya masa iddah sementara mengugurkan talaq di waktu suci yang disetubuhi itu boleh mengakibatkan penyesalan bila didapati isterinya itu hamil selepas diceraikan.
Hadith riwayat Ibnu Umar r.a. ;
Bahawasanya tatkala Ibnu Umar menggugurkan talaq ke atas isterinya yang sedang dalam haidh, maka Umar memberitahu hal ini kepada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda menyuruh Umar memberitahu anaknya (Ibnu Umar) supaya dirujuknya semula, kemudian diceraikan apabila sudah suci.
Hadith di atas menunjukkan bahawa masa menggugurkan talaq ke atas isteri hendaklah ketika suci yang tidak disetubuhi dan sunat dirujuk semula jika menggugurkan talaq ketika haidh.
Di antara hikmat syara’ melarang talaq bid’ie adalah ;
Hadith riwayat Ibnu Umar r.a. ;
Bahawasanya tatkala Ibnu Umar menggugurkan talaq ke atas isterinya yang sedang dalam haidh, maka Umar memberitahu hal ini kepada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda menyuruh Umar memberitahu anaknya (Ibnu Umar) supaya dirujuknya semula, kemudian diceraikan apabila sudah suci.
Hadith di atas menunjukkan bahawa masa menggugurkan talaq ke atas isteri hendaklah ketika suci yang tidak disetubuhi dan sunat dirujuk semula jika menggugurkan talaq ketika haidh.
Di antara hikmat syara’ melarang talaq bid’ie adalah ;
Æ Untuk menyenangkan dan memudahkan isteri agar tidak lama (mempercepatkan) menunggu masa iddahnya.
Æ Untuk menghindari sebarang kesusahan yang timbul daripada suami atau anak yang dikandung oleh bekas isterinya, disebabkan ternyata isterinya hamil setelah diceraikan oleh suami, padahal kehamilan itu berpunca daripada suaminya sendiri dan suami tidak mengetahui isterinya hamil semasa berlaku perceraian.
Menurut mazhab Syafi’ie, jumhur ulama’ Maliki, Hanafi dan Hanbali, talaq bid’ie walaupun haram namun ia adalah sah (gugur talaq). Walau bagaimanapun, suami dianggap berdosa kerana telah menyalahi cara-cara perceraian yang diharuskan.
Sementara menurut sebahagian puak Syiah dan sebahagian golongan Muktazilah berpendapat bahawa talaq bid’ie adalah tidak sah (tidak jatuh talaq). Pendapat ini dipersetujui oleh Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim al-Juziah.
TALAQ SELAIN SUNNI & BID’IE
Selain daripada Talaq Sunni dan Talaq Bid’ie, adalah harus hukumnya menjatuhkan talaq ke atas isteri dalam keadaan-keadaan berikut ;
Æ Untuk menghindari sebarang kesusahan yang timbul daripada suami atau anak yang dikandung oleh bekas isterinya, disebabkan ternyata isterinya hamil setelah diceraikan oleh suami, padahal kehamilan itu berpunca daripada suaminya sendiri dan suami tidak mengetahui isterinya hamil semasa berlaku perceraian.
Menurut mazhab Syafi’ie, jumhur ulama’ Maliki, Hanafi dan Hanbali, talaq bid’ie walaupun haram namun ia adalah sah (gugur talaq). Walau bagaimanapun, suami dianggap berdosa kerana telah menyalahi cara-cara perceraian yang diharuskan.
Sementara menurut sebahagian puak Syiah dan sebahagian golongan Muktazilah berpendapat bahawa talaq bid’ie adalah tidak sah (tidak jatuh talaq). Pendapat ini dipersetujui oleh Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim al-Juziah.
TALAQ SELAIN SUNNI & BID’IE
Selain daripada Talaq Sunni dan Talaq Bid’ie, adalah harus hukumnya menjatuhkan talaq ke atas isteri dalam keadaan-keadaan berikut ;
1. Isteri yang masih kecil dan belum ada haidh.
2. Isteri yang telah tua dan yang putus sama sekali daripada haidh (menopause).
3. Isteri yang sedang hamil.
4. Isteri yang melakukan khulu’ (menebus talaq).
5. Isteri yang belum pernah disetubuhi, kerana ia tidak perlu iddah.
Kesemua jenis kategori isteri yang tersebut di atas adalah harus dijatuhkan talaqnya pada bila-bila masa saja.
RINGKASAN FAKTA
TALAQ SUNNI
JENIS TALAQ - TALAQ SUNNI (SUNNAH)
MAKSUD - Talaq yang mengikut kaedah hukum syara’
KEADAAN ISTERI - Suci daripada haidh atau nifas
JENIS TALAQ - TALAQ SUNNI (SUNNAH)
MAKSUD - Talaq yang mengikut kaedah hukum syara’
KEADAAN ISTERI - Suci daripada haidh atau nifas
- Belum disetubuhi oleh suami selepas suci
HUKUM- Harus dan jatuh talaq
TALAQ BID’IE
JENIS TALAQ - TALAQ BID'IE (BID'AH)
HUKUM- Harus dan jatuh talaq
TALAQ BID’IE
JENIS TALAQ - TALAQ BID'IE (BID'AH)
MAKSUD TALAQ - Talaq yang menyalahi hukum syara’
KEADAAN ISTERI - (i) Dalam keadaan haidh atau nifas
(ii) Dalam keadaan suci yang telah disetubuhi suami
KEADAAN ISTERI - (i) Dalam keadaan haidh atau nifas
(ii) Dalam keadaan suci yang telah disetubuhi suami
HUKUM - Haram & berdosa tetap jatuh talaq
TALAQ SELAIN SUNNI & BID'IE
TALAQ SELAIN SUNNI & BID'IE
JENIS TALAQ - TALAQ SELAIN SUNNI & BID’IE
KEADAAN ISTERI - (i) Kecil dan belum ada haidh
(ii) Tua dan tiada haidh
(iii) Hamil yang nyata
(iv) Belum disetubuhi
(v) Khulu’
HUKUM - Harus dan jatuh talaq
TALAQ RAJ’IE
Talaq Raj’ie ialah talaq yang membolehkan suami merujuk isteri untuk hidup bersama dalam naungan suami sesudah jatuh talaq tanpa perlu melakukan ‘aqad nikah dan mahar yang baru selama masih dalam tempoh iddah (Iddah Raj’ie).
Di antara syarat yang mengharuskan seseorang suami merujuk kembali isterinya ialah ;
à Hanya dibolehkan bagi isteri yang telah disetubuhi.
à Isteri masih berada dalam tempoh iddah.
à Talaq yang dijatuhkan itu ialah talaq yang pertama dengan satu talaq atau talaq kedua yang sebelumnya telah dijatuhkan satu talaq.
à Bukan talaq yang ketiga, kerana rujuk hanya boleh dua kali sahaja dengan maksud dua bilangan talaq. Sementara bilangan ketiga menjadi talaq ba’in.
Para ulama’ bersepakat mengatakan Talaq Raj’ie itu mempunyai kesan seumpama berikut ;
® Mengurangkan bilangan talaq.
® Membolehkan suami merujuk isterinya kembali seandainya iddah isteri belum selesai.
® Tamatnya ikatan perkahwinan apabila isteri selesai menjalani iddahnya dan suami tidak merujuk isterinya kembali.
® Isteri yang ditalaq raj’ie itu dianggap sebagai isteri yang membolehkan suami melakukan perkara-perkara seperti :
R Menyambungkan talaq.
R Menziharkannya.
R Meng-ila’nya.
R Meli’ankannya.
R Mempusakai antara suami dan isteri sekiranya salah seorang daripada keduanya meninggal dunia.
R Menurut pendapat Ulama’ Syafi’eah dan Qaul Masyhur Mazhab Maliki, haram istimta’ perempuan yang dithalaq raj’ie sama ada dengan melakukan persetubuhan atau selain daripadanya. Manakala Ulama’ Hanafiah dan Hanabilah pula berpendapat, tidak haram melakukan persetubuhan.
KEADAAN ISTERI - (i) Kecil dan belum ada haidh
(ii) Tua dan tiada haidh
(iii) Hamil yang nyata
(iv) Belum disetubuhi
(v) Khulu’
HUKUM - Harus dan jatuh talaq
TALAQ RAJ’IE
Talaq Raj’ie ialah talaq yang membolehkan suami merujuk isteri untuk hidup bersama dalam naungan suami sesudah jatuh talaq tanpa perlu melakukan ‘aqad nikah dan mahar yang baru selama masih dalam tempoh iddah (Iddah Raj’ie).
Di antara syarat yang mengharuskan seseorang suami merujuk kembali isterinya ialah ;
à Hanya dibolehkan bagi isteri yang telah disetubuhi.
à Isteri masih berada dalam tempoh iddah.
à Talaq yang dijatuhkan itu ialah talaq yang pertama dengan satu talaq atau talaq kedua yang sebelumnya telah dijatuhkan satu talaq.
à Bukan talaq yang ketiga, kerana rujuk hanya boleh dua kali sahaja dengan maksud dua bilangan talaq. Sementara bilangan ketiga menjadi talaq ba’in.
Para ulama’ bersepakat mengatakan Talaq Raj’ie itu mempunyai kesan seumpama berikut ;
® Mengurangkan bilangan talaq.
® Membolehkan suami merujuk isterinya kembali seandainya iddah isteri belum selesai.
® Tamatnya ikatan perkahwinan apabila isteri selesai menjalani iddahnya dan suami tidak merujuk isterinya kembali.
® Isteri yang ditalaq raj’ie itu dianggap sebagai isteri yang membolehkan suami melakukan perkara-perkara seperti :
R Menyambungkan talaq.
R Menziharkannya.
R Meng-ila’nya.
R Meli’ankannya.
R Mempusakai antara suami dan isteri sekiranya salah seorang daripada keduanya meninggal dunia.
R Menurut pendapat Ulama’ Syafi’eah dan Qaul Masyhur Mazhab Maliki, haram istimta’ perempuan yang dithalaq raj’ie sama ada dengan melakukan persetubuhan atau selain daripadanya. Manakala Ulama’ Hanafiah dan Hanabilah pula berpendapat, tidak haram melakukan persetubuhan.
TALAQ BA’IN
Talaq Ba’in ialah talaq terus menerus yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya dan isteri bebas daripada naungannya (wilayah).
Talaq Ba’in terbahagi kepada dua iaitu;
1. Ba’in Sughra
Talaq yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya untuk hidup bersama dalam naungannya selepas berlaku talaq melainkan dengan aqad nikah dan mahar yang baru.
Talaq yang termasuk dalam Ba’in Sughra ini ialah;
¨ Talaq Raj’ie yang selesai iddah.
¨ Talaq ke atas isteri yang tidak pernah disetubuhi.
¨ Talaq yang dilakukan secara tebus talaq (khulu’).
¨ Fasakh (membatalkan akad perkahwinan).
Kesan daripada Talaq Ba’in Sughra itu adalah sebagaimana berikut ;
ÿ Haram melakukan Istimta’ dan berkhalwat selepas talaq itu.
ÿ Dapat mengurangkan bilangan talaq seperti talaq raj’ie juga.
ÿ Tidak boleh mempusakai antara suami isteri sekiranya salah seorang daripada keduanya meninggal dunia.
2. Ba’in Kubra
Talaq yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kembali untuk hidup bersama dengan naungannya selepas berlaku talaq, melainkan setelah bekas isterinya itu selesai menjalani iddah dengan bekas suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain secara sah, kemudian melalui alam rumahtangga yang sebenar sehingga berlaku perceraian yang sah (bukan dirancang) dan selesai iddahnya pula. Selepas itu barulah suami yang pertama diharuskan bernikah semula dengan bekas isterinya itu dengan mahar yang baru.
Adapun talaq yang termasuk dalam Ba’in Kubra ini ialah talaq tiga sama ada sekaligus atau berperingkat-peringkat. Talaq Ba’in Kubra ini menghilangkan kepunyaan yang dimiliki oleh suami dan hilang juga perkara-perkara yang dihalalkan kepadanya itu dengan serentak. Begitu juga tertegah dari mempusakai antara kedua suami isteri apabila salah seorang dari keduanya meninggal dunia.
Talaq tiga yang menjadi ba’in ini adalah sama hukumnya seperti ba’in sughra, kecuali pada dua perkara ;
~ Ba’in Kubra tidak berpeluang lagi kepada suami untuk menjatuhkan talaq yang lain selepas itu.
~ Isteri yang ditalaq ba’in kubra tidak mungkin dapat kembali semula kepada bekas suaminya (suami yang pertama) sehinggalah isterinya itu berkahwin lain.
BILANGAN TALAQ
Seorang suami mempunyai hak talaq iaitu sebanyak tiga kali. Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) adalah berhak menggugurkan talaq terhadap isterinya dari talaq satu hingga talaq tiga. Pada talaq satu dan / atau dua, suami boleh rujuk isterinya kembali sebelum habis iddah isterinya. Namun begitu, jika telah selesai iddahnya, suami masih boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya dengan menggunakan akad nikah yang baru.
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 229);
“Talaq itu dua kali, sesudah itu suami dibenarkan merujuk kembali dengan baik atau melepaskannya dengan baik (jika tidak ingin kembali).”
Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya, melainkan bekas isterinya itu selesai iddahnya dan telah berkahwin dengan lelaki lain dan menjalani kehidupan berumahtangga yang sebenar, kemudian diceraikan pula oleh suaminya yang kedua (dengan kerelaan hati) serta telah selesai menjalani iddahnya.
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 230);
“Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkaan baik untuk aturan Allah.”
Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai iddahnya) dengan syarat suami yang kedua mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin saja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.
Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami yang pertama itu mengahwini bekas isterinya. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;
Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang menjadi muhallil (cina buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).
CARA MENJATUHKAN TALAQ TIGA
q Menjatuhkan talaq itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya, kemudian dalam masa iddah ditalaqnya satu lagi kemudian dalam masa iddah kedua ditalaqnya lagi dengan talaq satu.
q Suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai iddah dikahwininya semula kemudian ditalaqnya lagi, setelah selesai iddah dikahwininya lagi kemudian ditalaqnya lagi bagi kali yang ketiga.
Kedua-dua cara tersebut, menurut pendapat ulama’ bahawa talaq itu jatuh menjadi talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga ke atas pasangan suami isteri tersebut.
q Suami menjatuhkan talaq seperti katanya, “saya talaq awak dengan tiga talaq”, atau katanya, “saya talaq awak, saya talaq awak, saya talaq awak” dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.
Para ulama’ berselisih pendapat mengenai dengan cara yang ketiga di atas, iaitu;
· Jatuh talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga padanya.
· Tidak jatuh talaq sama sekali, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak menurut perintah Kami, maka pekerjaan itu ditolak.”
Adapun talaq tiga bukan perintah Rasulullah malah dilarang oleh baginda. Talaq tiga cara di atas adalah ditolak sama sekali (tidak sah).
· Jatuh talaq satu, maka berlakulah hukum talaq satu padanya. Ini bererti suami masih boleh rujuk semula isterinya selama isterinya masih berada dalam iddah, ataupun berkahwin semula dengan isterinya jika telah selesai iddahnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
Dari Ibnu Abbas r.a., sesungguhnya Rukanah telah menjatuhkan talaq ke atas isterinya dengan talaq tiga pada tempat yang satu kemudian beliau merasa terlalu sedih terhadap perceraian itu. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepadanya, “Bagaimana cara engkau menggugurkan talaq itu ?” Jawab Rukanah, “Talaq tiga pada satu masa (sekaligus).” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya talaq yang demikian itu talaq satu, maka rujuklah dia.”
TA’LIK TALAQ
Talaq yang digantungkan atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain. Andainya sesuatu itu diperolehi atau dilakukan, maka gugurlah talaq tersebut. Sebagai misalan, suami berkata kepada isteri, “Kalau awak keluar dari rumah ini tanpa keizinanku, maka gugurlah talaq awak” atau “Sekiranya awak balik ke rumah ibu bapa awak maka gugurlah talaq awak” dan sebagainya.
Sighah Ta’lik - Lafaz atau kata-kata yang diucapkan oleh suami dengan maksud jatuh talaq apabila ada atau berlaku perkara yang dita’likkan.
Di antara syarat-syarat yang menyebabkan jatuh talaq secara ta’lik adalah seperti berikut ;
Æ Suami mempunyai keahliannya menjatuhkan talaq ketika mengeluarkan lafaz ta’lik.
Æ Isteri yang sah dengan suami (tempat dijatuhkan ta’lik).
Æ Perkara atau benda yang dita’likkan belum ada atau belum berlaku pada masa suami menyebut kata-kata ta’lik dan perkara tersebut berkemungkinan akan berlaku (bukan sesuatu yang mustahil pada akal atau pada adat).
BEBERAPA CONTOH TALAQ TA’LIK
& Ta’lik dengan suatu waktu
Contohnya : suami berkata kepada isterinya,”Awak tertalaq pada bulan Syawal atau pada awal bulan Ramadhan.” Dengan kata-kata demikian, gugurlah talaq isterinya pada awal juzu’ malam pertama dari bulan tersebut. Artinya pada malam satu haribulan sebaik saja ghurub matahari tiga puluh haribulan bagi bulan yang sebelumnya.
Sekiranya suami berkata kepada isterinya, ”Awak tertalaq pada hari pertama dari bulan Muharram.” Maka gugurlah talaq tersebut bermula dari terbit fajar sadiq pada hari pertama bulan itu. Seandainya talaq itu dita’likkan dengan akhir bulan, maka gugurlah talaq itu pada akhir juzu’ dari bulan tersebut (ghurub matahari akhir bulan tersebut). Begitulah juga kalau dita’likkan pada pertengahan bulan, maka gugur talaq isteri bila ghurub matahari pada hari yang kelima belas dari bulan yang disebutkan.
& Ta’lik dengan sesuatu syarat
Contohnya : suami berkata kepada isteri, ”Kalau awak masuk rumah sewa kepunyaanku itu, maka awak tertalaq.” Andainya isteri memasuki rumah yang dimaksudkan maka gugurlah talaq ke atasnya.
& Ta’lik dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku pada adat atau pada akal
Contohnya : kata suami kepada isteri, “Awak tertalaq kalau awak naik ke langit.” Atau seperti kata suami, “Awak tertalaq sekiranya awak boleh ketawa dan menangis serentak pada suatu ketika.” Cara ini tidaklah gugur talaq isteri tersebut kerana ia dita’likkan dengan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku sama sekali.
BEBERAPA MASALAH TALAQ [BHG. 2]
1. Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Perbuatan tiga orang ini adalah tidak sah, iaitu budak sehingga baligh, orang gila sehingga sembuh gilanya, dan orang yang tidur sehingga terjaga daripada tidurnya.”
Berdasarkan hadith yang tersebut di atas, orang-orang yang tidak sah menggugurkan talaqnya ialah,
<>“Tidak sah talaq pada paksaan.”
2. Sekiranya lahir tanda-tanda yang menunjukkan bahawa orang yang dipaksa menggugurkan talaq isterinya dengan kemahuan atau pilihannya sendiri, maka gugurlah talaq isterinya itu. Seperti suami itu dipaksa menggugurkan talaq tiga tetapi dia menggugurkan talaq satu saja.
3. Sekiranya orang yang memaksa berkata,”Ceraikan isteri awak, kalau tidak saya akan bunuh awak esok hari.” Maka gugurlah talaq isterinya sekiranya dilafazkannya pada waktu itu juga, kerana ugutan itu tidak dilaksanakan dengan segera dan sertamerta.
4. Jika waris bagi orang yang dibunuh berkata kepada pembunuh,”Ceraikan isteri awak, kalau tidak saya bunuh awak.” Tiba-tiba diceraikannya, maka gugurlah talaq isterinya itu, kerana orang yang memaksa itu tidak dianggap seorang yang zalim memandangkan ia berhak menuntut bela terhadap pembunuh.
KESAN PERCERAIAN (TALAQ)
1. Isteri wajib menjalani Iddah (bergantung kepada keadaan isteri semasa diceraikan sama ada cerai hidup atau cerai mati).
Bagi isteri yang diceraikan suami, kedudukannya adalah seperti berikut ;
Æ Isteri yang mempunyai haid tetapi tidak hamil dan pernah disetubuhi - Iddahnya ialah 3 kali quru’ (suci atau haid). [Dalil - Surah al-Baqarah, ayat 228]
Æ Isteri yang tidak mempunyai haid kerana tua atau putus haid, atau masih kanak-kanak - Iddahnya ialah selama 3 bulan. [Dalil - Surah at-Talaq, ayat 4]
Æ Isteri yang hamil - Iddahnya akan berakhir selepas melahirkan anak. [Dalil - Surah at-Talaq, ayat 4]
Æ Isteri yang tidak pernah disetubuhi - Tidak wajib beriddah. [Dalil - Surah al-Ahzab, ayat 49]
Manakala bagi isteri yang kematian suami (termasuk isteri yang tidak pernah disetubuhi), tempoh iddahnya ialah selama 4 bulan 10 hari. [Dalil - Surah al-Baqarah, ayat 234]
2. Isteri wajib menetap di tempat kediaman suami semasa menjalani iddah.
3. Suami wajib memberikan nafkah zahir (seperti perbelanjaan sara hidup) dan tempat tinggal termasuk mut’ah kepada isteri semasa dalam tempoh iddah.
4. Hak penjagaan anak (hadhanah) menjadi tanggungjawab bersama (tanggungjawab kedua suami isteri).
5. Perwarisan - Hak bersama kedua suami isteri (seandainya salah seorang di antara kedua suami isteri meninggal dunia) dengan ahli waris yang lain.
EKSTRA : PEMBAHAGIAN TALAQ BERDASARKAN MASA JATUHNYA TALAQ
TALAQ MUNJIZ
Iaitu talaq yang ucapannya tidak mengandungi syarat dan tangguhan masa.
Contohnya ; suami berkata kepada isteri, “aku talaq kamu” atau “aku ceraikan kamu.”
Ucapan talaq ini menunjukkan bahawa talaq itu akan jatuh serta merta tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa syarat. Talaq Munjiz ini akan berlaku kesannya apabila ucapannya disebut oleh suami disamping sempurna pada dirinya syarat-syarat lain.
TALAQ MUDAF
Suatu ucapan talaq yang digandingkan dengan masa atau waktu yang akan berlaku di kemudian hari.
Contohnya ; kata suami kepada isteri, “kamu akan tertalaq pada esok hari” atau “kamu akan tertalaq pada awal bulan depan.”
Ucapan talaq ini tidak akan menyebabkan jatuh talaq kecuali apabila tiba masa yang telah dilafazkan oleh suami.
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengatakan isteri akan jatuh talaqnya dengan serta merta sama seperti keadaannya dalam Talaq Munjiz.
TALAQ MU’ALLAQ
Talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukan oleh isteri atau suami. Jenis talaq ini adalah sama seperti talaq ta’lik.
Contohnya ; suami berkata kepada isteri,
Æ “jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku, maka engkau akan tertalaq.”
Æ “jika engkau pergi ke rumah sebelah, maka engkau akan tertalaq.”
Æ ‘jika aku balik rumah dalam masa sebulan, maka engkau tertalaq.”
Ucapan talaq ini tidak menyebabkan jatuh talaq dengan segera. Perceraian hanya akan terjadi apabila berlaku sahaja perkara-perkara yang digantungkan atau dikaitkan dalam lafaz suami.
KLASIFIKASI TALAQ (PERCERAIAN)
Dari segi ucapan (kejelasan)
1. Talaq SORIH – Lafaz mutlak
2. Talaq KINAYAH – Lafaz secara sindiran
2. Talaq KINAYAH – Lafaz secara sindiran
3. Talaq TA’LIK - kiasan
Dari segi pembayaran
1. Talaq BIASA – tidak disyaratkan bayaran
2. KHULU’ (Tebus Talaq) – pembayaran tertentu daripada isteri kepada suami dengan persetujuan.
Dari segi keharusan Ruju'
1. Talaq BIASA – tidak disyaratkan bayaran
2. KHULU’ (Tebus Talaq) – pembayaran tertentu daripada isteri kepada suami dengan persetujuan.
Dari segi keharusan Ruju'
1. Talaq SUNNI
2. Talaq BID’IE
3. Talaq selain Sunni & Bid’ie
Dari segi keadaan / situasi isteri
1. Talaq RAJ’IE – Talaq 1 & 2 (semasa dalam iddah)
2. Talaq BA’IN – (a) Bainunah Sughra
(b) Bainunah Kubra
Dari segi masa jatuh talaq
1. Talaq Munjiz - tanpa mengaitkan sesuatu atau masa
2. Talaq Mudaf - mengaitkan sesuatu atau masa
3. Talaq Mu’allaq - sama seperti Talaq secara ta'lik
qalam_azraq, 01102008 /6.35am



0 comments:
Post a Comment