TALAQ (Perceraian)
.
PENGERTIAN TALAQ
Menurut bahasa Arab, pengertian Talaq dari segi bahasa - melepaskan, meleraikan atau menguraikan ikatan seperti meleraikan tali pada suatu benda atau barang yang berikat.
Perkataan talaq telah digunakan dalam masyarakat Jahiliah dengan maksud meleraikan ikatan perkahwinan antara suami isteri. Dalam bahasa Melayu pula, perkataan talaq dikhususkan pada peleraian hubungan antara lelaki (suami) dengan perempuan (isteri) dengan perkataan cerai atau percera
ian.
Dari segi istilah Syara’ (menurut istilah fiqh dalam mazhab as-Syafi’ie) ;

Meleraikan atau melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau kata-kata yang seumpamanya.
DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ
1. Firman Allah (Surah al-Baqarah : 229) ;
“Talaq (yang boleh dirujuk) itu dua kali. Setelah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang ma’ruf atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

2. Firman Allah (Surah at-Thalaq : 1) ;
“Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)* dan hitunglah waktu iddah itu .”
*Maksud yang wajar dalam dalil tersebut di atas adalah waktu yang suci sebelum dicampuri agar mudah bagi (bekas) isteri memulakan kiraan iddah mereka.
3. Hadith Rasulullah s.a.w. :
“Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talaq. [Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim]

HUKUM TALAQ
Oleh kerana memandangkan di dalam perkongsian hidup suami isteri itu mungkin menempuhi pelbagai kesulitan dan mengalami pelbagai kesukaran yang kadang-kadang suatu perkahwinan itu tidak dapat memenuhi maksud-maksud tertentu antara mereka berdua, maka sebagai langkah penyelesaian yang terakhir yang baik untuk mengatasi kesulitan tersebut ialah dengan jalan berpisah (talaq).
Meskipun hukum asal bagi talaq itu adalah harus sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. namun begitu memandang kepada kemuslihatan atau kemudharatan di antara suami isteri, maka hukum thalaq boleh berubah mengikut sebab-sebab yang tertentu seperti berikut ;
(i) Wajib
Iaitu apabila terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang dilantik untuk menyelesaikan krisis rumahtangga telah membuat perundingan tentang perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai.
Firman Allah (Surah an-Nisa’ : 35) ;
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya (suami dan isteri), maka lantiklah seorang hakim dari keluarga lelaki dan seorang hakim dari keluarga perempuan.”
Begitu juga thalaq menjadi wajib apabila suami meng-ila isterinya, enggan membayar kifarah serta tidak melakukan persetubuhan dengan isteri selama empat bulan atau lebih. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. :
“Apabila berlalu empat bulan, terhentilah suami yang meng-ila’ itu sehingga dia ceraikan, dan tidak terjatuh talaq sehingga diceraikan.”
Kewajipan menjatuhkan talaq ke atas suami ialah untuk melindungi isteri daripada tekanan jiwa dan pelbagai kemudharatan yang lain.
(ii) Sunat
Apabila suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup, atau masing-masing tidak dapat lagi menyempurnakan kewajipan-kewajipan tertentu dalam kehidupan berumahtangga ataupun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;
Seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata, “Bahawasanya isteriku tidak menolak akan tangan orang yang menyentuhnya.” Jawab Nabi s.a.w. “hendaklah engkau ceraikan isteri engkau itu.”
Talaq juga menjadi sunat apabila isteri melampaui batas hukum agama, cuai terhadap tanggungjawab terhadap hak Allah seperti tidak melakukan ibadah solat dan puasa tanpa uzur syar’ie. Suami pula tidak berjaya memujuk dan mendidik isterinya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Begitu juga dihukumkan sunat menceraikan isteri yang tidak amanah terhadap dirinya seperti melakukan perbuatan sumbang yang dikutuk oleh Allah, atau isteri yang sentiasa menyusahkan suami, seringkali bertengkar dan tidak mempunyai persefahaman.
Talaq juga dihukumkan sunat apabila suami terlalu benci terhadap isteri sehingga ia tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap isteri dan rumahtangga. Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini oleh syara’ dengan berleluasa dan berpanjangan, maka Islam membolehkan (sunat) kedua-duanya berpisah demi menjaga kehormatan diri dan rumahtangga masing-masing.
(iii) Haram
Para ulama’ berpendapat bahawa thalaq menjadi haram dalam dua keadaan iaitu,
« Menjatuhkan talaq di waktu isteri sedang dalam haidh atau nifas.
« Menjatuhkan talaq sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. (Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci daripada haidh).
Firman Allah (Surah at-Talaq : 1)

Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Sekiranya mahu menceraikan isteri, ceraikanlah sebelum disetubuhi (semasa bersih), iaitu iddah yang disuruh oleh Allah bagi seseorang yang mahu menceraikan isterinya.”
[Muttafaqun ‘alaih]
Perceraian yang dilakukan semasa isteri masih dalam haidh dan nifas adalah diharamkan kerana ia akan memanjangkan waktu iddah, haidh itu tidak dikira sebagai sekali quru’. Sementara perceraian yang dilakukan selepas jima’ juga diharamkan kerana dikhuatiri berkemungkinan isterinya akan hamil. Akibatnya, isteri menanggung penderitaan disebabkan terpaksa melalui iddah hamil pula.
(iv) Makruh
Talaq dihukumkan makruh apabila suami menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah, kerana perceraian sedemikian menghilangkan segala kebaikan yang disunatkan dalam perkahwinan. Begitu juga makruh ke atas suami yang menjatuhkan talaq terhadap isterinya yang baik kelakuan dan tingkah lakunya dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.
(v) Harus
Talaq menjadi harus apabila seseorang suami menceraikan isterinya mengikut sebab-sebab yang tertentu dan isterinya itu berada dalam masa suci daripada haidh yang belum disetubuhi lagi dan tidak pula dalam masa mengandung. Sebagaimana Firman Allah (Surah al-Baqarah : 226) ;
“Tidak berdosa kamu menceraikan isteri kamu yang kamu tidak mempersetubuhi mereka ataupun kamu telah menetapkan maskahwinnya.”
Demikian juga talaq adalah harus jika terdapat gejala-gejala yang memerlukan kedua-dua pihak berpisah seperti akhlak yang buruk, kemungkinan keburukan yang menimpa kedua pihak seperti suami atau isteri pembawa kuman HIV atau menghidap penyakit AIDS, suami suka bertindak kasar, liar dan sering berlaku penderaan atau penyiksaan terhadap isteri, suami isteri sudah tidak sehaluan dan sebagainya.

HIKMAT DISYARIATKAN TALAQ
Kadangkala kerosakan rumahtangga yang dibina oleh suami isteri berlaku tanpa diundang. Justeru dengan mengekalkan suami isteri berada di dalam kesulitan, kemudharatan dengan mempertanggungjawabkan suami memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, bersekedudukan tanpa sehaluan dan persengketaan yang tidak pernah reda, Islam memberi peluang kepada kedua pihak untuk menghilangkan perkara-perkara tersebut dengan cara perpisahan (talaq).
Lantaran itu, walaupun talaq ini amat dibenci dan dimurkai oleh Allah, namun terselit pelbagai hikmat dan rahsia Allah membenarkan dan merestuinya, antara lain ;
1. Tujuan perkahwinan ialah agar pasangan suami isteri dapat hidup bersama di dalam pergaulan yang sempurna. Jikalau sekiranya suami isteri tidak lagi boleh hidup dengan sempurna, maka diberi peluang berpisah untuk mereka membaiki diri masing-masing.
2. Tujuan perkahwinan juga sebagai salah satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan. Oleh itu seandainya mereka mandul, mereka tidak dapat membiakkan zuriat dan keturunan, jadi mereka diberi peluang berpisah untuk mencari pasangan yang lebih sesuai yang boleh membiakkan zuriat dan keturunan mereka.
3. Menerusi perkahwinan juga menjadi satu jalan yang amat teguh guna memperkukuhkan tali persaudaraan (silaturrahim) antara keluarga suami dengan kaum kerabat isteri, yang mana pertalian itu akan menjadi satu jalan yang membawa kepada tolong menolong di antara satu sama lain. Sekiranya dalam pergaulan di antara suami isteri itu tidak dapat menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan di antara keduanya yang menyebabkan tidak ada persepakatan dalam hidup di antara keduanya, maka dengan keadilan Allah s.w.t. memberikan satu jalan keluar dari segala kesukaran tersebut iaitu melalui perceraian.
4. Perkahwinan diasaskan dengan hidup harmoni, kasih sayang dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Jadi jika sekiranya selalu tidak bersefahaman dan berselisih pendapat, asyik bertengkar dan bermasam muka antara keduanya, sudah tentu akan menimbulkan kesan yang negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu untuk mengelakkan perkara tersebut diberi peluang kepada mereka untuk berpisah iaitu setelah tidak dapat kata sepakat untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri lagi.
5. Menjamin keselamatan, hak serta kehormatan diri dan keluarga.
6. Menghentikan gejala buruk yang memudharatkan diri dan keluarga supaya tidak berterusan.
7. Mengelakkan perbalahan yang lebih besar daripada berlaku jika suami isteri terus dilanda krisis rumahtangga.

8. Memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang menjadi punca perbalahan, pergeseran dan persengketaan dalam kehidupan berumahtangga.
9. Membolehkan suami dan isteri yang bercerai memulakan hidup baru, semangat baru dan perancangan yang baru.
10. Menjaga maruah diri sebagai orang Islam yang patuh pada ajaran Islam yang tidak bertolak ansur terhadap perkara-perkara mungkar sekalipun perkara tersebut dilakukan oleh orang yang paling akrab dan disayangi.
11. Memberi keinsafan dan kesedaran kepada suami isteri yang terlibat dengan bersikap lebih terbuka dalam menghadapi asam garam hidup berumahtangga, susah senangnya melalui pengalaman bercerai.
RUKUN TALAQ
Rukun Talaq ada lima perkara :
1. Orang yang menjatuhkan talaq iaitu SUAMI.
2. Orang yang dijatuhkan talaq iaitu ISTERI.
3. Kuasa menceraikan / Wilayah.
4. Sighah (Lafaz Talaq).
5. Niat menjatuhkan Talaq bagi suami.
SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAQ
R Hendaklah orang yang menjatuhkan talaq itu seorang suami. Adalah tidak sah talaq yang dilakukan oleh orang yang selain dari suami, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tidak sah talaq sebelum berkahwin dan tidak sah memerdekakan hamba sebelum memilikinya.” [HR Ibnu Majah]
R Suami itu hendaklah seorang yang sempurna akal. Maka tidak sah talaq dari kanak-kanak, orang gila, pitam dan orang bingung (orang yang tidak tahu apa yang dilakukan atau diperbuatnya).
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Kesemua talaq itu sah kecuali talaq seorang yang tidak waras akalnya.”
[HR at-Tirmidzi]
R Suami itu hendaklah seorang yang cukup umur (baligh). Maka tidak sah talaq kanak-kanak mumayyiz atau belum mumayyiz.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Diangkat qalam (tidak ditulis) dari tiga (jenis manusia) : Kanak-kanak sehingga baligh, orang yang sedang nyenyak tidur sehingga terjaga daripada tidur dan orang gila sehingga siuman.”
R Hendaklah dengan pilihannya sendiri. Maka tidak sah talaq secara paksaan, kerana paksaan itu tidak ada qasad untuk menceraikan isterinya, bahkan dia menceraikan isterinya itu kerana hendak mengelak dari disakiti dirinya sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Sesungguhnya Allah telah mengampuni umatku dari tersalah, terlupa dan perkara-perkara yang dipaksa ke atasnya (untuk melakukan).” [HR Ibnu Majah]
Hadith lain yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Tidak sah talaq dalam keadaan terpaksa.” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah]
SYARAT-SYARAT ISTERI YANG DIJATUHKAN TALAQ
R Isteri yang sah dengan suami.
R Isteri yang masih dalam tanggungan suaminya.
Adapun perempuan (isteri) yang ditalaq itu apabila perkahwinan itu sahih yang masih lagi dianggap sebagai isterinya walaupun sebelum dukhul, ataupun semasa di dalam iddah talaq raj’ie, kerana talaq raj’ie itu masih lagi dianggap sebagai suami isteri sehingga tamat iddahnya.
Maka jika isteri itu masih lagi dalam iddah talaq ba’in kubra, tidak boleh lagi dihubungi dengan talaq yang lain, kerana suami tidak memiliki lebih dari tiga talaq. Oleh kerana itu tidak ada talaq selepas itu.
Demikian juga jika sekiranya isteri itu masih di dalam iddah talaq ba’in sughra, tidak boleh dihubungi dengan talaq yang lain menurut pendapat Jumhur Ulama’, kerana ikatan suami isteri telah pun selesai dengan sebab talaq ba’in.
Sementara menurut pendapat Ulama’ Hanafiah pula, boleh dihubungi dengan talaq yang lain seandainya iddah ba’in sughra itu belum selesai lagi, kerana masih kekal lagi sesetengah hukum perkahwinan seperti suami wajib memberi nafkah, tempat tinggal, dan tidak halal bagi isteri bersuami lain sebelum tamat iddahnya, disebabkan dia (isteri) masih lagi dianggap sebagai isteri kepada suaminya.
Tambahan syarat bagi isteri yang ditalaq ;
Æ Tidak sah talaq yang dijatuhkan ke atas isteri yang telah diceraikan dengan talaq ba’in sama ada talaq tiga, fasakh perkahwinan atau tebus talaq, atau aqad nikah yang fasid (tidak sah) kerana perempuan tersebut bukan lagi isteri dan tidak lagi dalam hukum isteri.
Æ Tidak sah juga talaq ke atas isteri yang telah diceraikan sebelum disetubuhi oleh suaminya kerana talaq ke atasnya menyebabkan tidak ada iddah. Begitu juga tidak sah talaq ke atas isteri yang telah diceraikan dengan talaq raj’ie (talaq satu dan dua) yang telah selesai iddahnya.
Æ Tidak jatuh talaq ke atas perempuan yang bukan isteri dalam lafaz taklik iaitu bersyarat, seperti kata seorang lelaki kepada tunangnya, “engkau akan aku talaq jika aku berkahwin denganmu.”
Kesemua perempuan yang tersebut tidak berada dalam wilayah (kekuasaan) lelaki yang menceraikannya.
SYARAT WILAYAH / KUASA MENCERAIKAN
Suami yang merdeka memiliki tiga talaq ke atas isterinya, sama ada isterinya itu hamba atau merdeka. Manakala bagi hamba pula memiliki dua talaq meskipun isterinya itu orang yang merdeka, kerana talaq itu diambil kira dengan orang yang diberi kuasa menceraikan.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ;
“Talaq itu diambil kira dengan lelaki dan iddah diambil kira dengan perempuan.” [HR al-Baihaqi]
Adapun kuasa menceraikan ini terletak ditangan lelaki bukan ditangan perempuan, kerana lelaki yang membayar mahar dan membiayai nafkah isteri serta tempat tinggalnya. Oleh kerana itu, lelaki lebih aula’ diberi kuasa menceraikan dari perempuan dengan dua perkara, iaitu;
® Perempuan ghalibnya sangat mudah belas kasihan dari lelaki, maka apabila diberi kuasa menceraikan kepadanya, kadangkala dia menceraikan dengan sebab-sebab yang basithah (perkara yang senang-senang yang tidak munasabah untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina itu).
® Diikuti dengan perceraian itu beberapa perkara tentang urusan-urusan maskahwin yang belum dijelaskan, nafkah semasa iddah, dan mut’ah talaq (saguhati perceraian). Urusan-urusan kewangan ini semuanya terletak di bahu lelaki, oleh itu untuk kebaikan dan kemaslahatan dijadikan kuasa menceraikan itu ditangan lelaki.
SYARAT QASAD
Suami berlafaz dengan talaq walaupun tanpa niat. Maka tidak jatuh thalaq yang dilafazkan oleh orang-orang faqih, tidak jatuh talaq juga secara hikayat (penceritaan) tentang dirinya atau orang lain berkenaan talaq, kerana mereka tidak mengqasadkan erti talaq, bahkan orang-orang faqih itu mengqasadkan untuk mengajar dan menceritakan tentang cara-cara melafazkan talaq.
Manakala talaq yang dilakukan secara gurau senda dan main-main, seperti berkata isteri di pentas pertunjukan ataupun sandiwara, atau secara olok-olok, “Ceraikanlah aku.” Atau suami melafazkan perkataan cerai ke atas isterinya dengan tujuan berjenaka seperti katanya, “Kita bercerai sajalah.” Maka hukumnya jatuh talaq. Begitu juga jika sekiranya mereka meminta supaya diceraikan dan suami menyangka perempuan itu bukan isterinya, disebabkan kegelapan ataupun berada disebalik tirai, hukum talaq mereka adalah jatuh talaqnya, kerana mereka telah mengqasadkan lafaz talaq disamping dengan kemahuan hatinya sendiri walaupun dia tidak meredhainya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan dipermain-mainkan pun menjadi sungguh, iaitu nikah, talaq dan rujuk.”

SYARAT SIGHAH (LAFAZ TALAQ)
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa sesebuah perkahwinan akan tamat dengan sebab talaq, sama ada seorang suami melafazkan talaq itu dalam bahasa Arab atau dengan bahasa-bahasa lain, dan sama ada secara berlafaz, menulis surat ataupun dengan menggunakan isyarat. Oleh kerana sighah atau lafaz itulah yang melahirkan tujuan seseorang yang dapat dipegang untuk menunjukkan sesuatu maksud.
Adapun perkataan sighah atau lafaz yang digunakan untuk talaq itu terbahagi kepada dua jenis iaitu ;
(1) Lafaz Sorih - Lafaz yang terang-terang menunjukkan maksud talaq, iaitu lafaz yang digunakan itu adalah perkataan talaq atau cerai. Lafaz ini melahirkan maksud yang dikehendaki darinya serta tidak meragukan lagi, dan ia ghalib digunakan pada ‘uruf untuk menceraikan isteri.
Lafaz sorih ini ada tiga iaitu at-Talaq, al-Firaaq & as-Siraah
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 229) ;
At-Talaaqu marrataani . . . “Talaq (yang dapat dirujuk itu) dua kali.....”
Firman Allah (Surah at-Talaq : 2)
...Au faariquuhunna bi-ma’arufin... “.....atau kamu lepaskan (ceraikan) mereka dengan cara yang baik.....”
Firman Allah (Surah al-Ahzab : 49) ;
...wasarrihuuhunna siraahan jamiilan... “.....dan ceraikanlah mereka dengan cara (perceraian) yang baik.”
Sebagai contoh, seorang suami berkata, “Aku talaq engkau atau aku ceraikan kamu.”
Untuk menjatuhkan talaq mesti mengandungi beberapa syarat, iaitu;
§ Hendaklah dengan menggunakan lafaz yang memberi faedah erti talaq, atau dengan cara penulisan, atau pun dengan isyarat yang memberi faham.
§ Hendaklah suami yang melafazkan talaq itu faham ertinya walaupun dengan bahasa ‘ajam. Maka apabila orang ‘ajam menggunakan lafaz sorih bagi talaq, terjatuh talaq itu tanpa niat.
§ Hendaklah disandarkan lafaz talaq itu kepada isterinya, seperti kata suami, “Aku ceraikan isteriku ini.”
§ Hendaklah dia tidak meragui tentang bilangan atau lafaz yang diucapkan itu.
(2) Lafaz Kinayah - Lafaz-lafaz secara sindirian yang mengandungi makna talaq dan makna yang lain berdasarkan kepada niat orang yang melafazkannya.
Sebagai contoh, Suami berkata,”Berpisah kita, atau baliklah awak ke rumah ibu bapa awak.”
Adapun lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk sah talaq itu. Dalam erti kata yang lain suami yang mengucapkan kata-kata seperti itu mestilah meniatkan yang ia bermaksud menceraikan atau mentalaq isterinya (perkataan tersebut dianggapnya sebagai talaq). Oleh itu tidak jatuh talaq kecuali jika suami meniatkan talaq.
CARA-CARA MELAKUKAN TALAQ
Talaq merupakan suatu perkara yang amat sensitif dan memberi kesan negatif kepada semua pihak yang terlibat sama ada suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Ia juga memberi kesan kepada perhubungan suami isteri daripada hidup bersama dengan bebas melakukan perkara-perkara yang pada mulanya haram menjadi halal, dan setelah talaq kembali kepada haram semula. Oleh itu talaq hendaklah dilakukan dengan berhati-hati bagi membolehkan talaq itu sah dan berkuatkuasa. Di antara cara-caranya ialah ;
Æ Menjatuhkan talaq mengikut cara yang dihalalkan oleh syara’ berdasarkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan Ijma’ Ulama’.
Æ Menggunakan lafaz soreh dan lafaz kinayah (dengan niat).
Æ Menggunakan surat bertulis dengan niat atau membacanya.
Æ Melalui wakil yang dapat menyampaikan pesanan talaq kepada isteri yang ditalaq.
Æ Menggunakan isyarat bagi orang yang tidak dapat bercakap atau tidak tahu menulis.
Talaq yang memerlukan niat dari cara-cara yang disebutkan ialah talaq yang dilakukan dengan lafaz kinayah (sindiran) dan talaq melalui surat.
BEBERAPA MASALAH TALAQ [BHG. 1]
« Tidak sah talaq kecuali dengan berlafaz sama ada secara sorih atau kinayah.
« Lafaz talaq disyaratkan disebut dengan jelas sekadar terdengar kepada dirinya sendiri. Adalah tidak sah talaq seandainya dilafazkan dengan suara yang terlalu rendah sehingga tidak kedengaran kepada dirinya sendiri.
« Talaq dikira gugur walaupun tidak dilafazkan di hadapan isteri.
« Talaq juga dikira gugur sekalipun tidak ada saksi.
« Untuk jatuhnya talaq, talaq disyaratkan suami itu orang yang berakal, bukan gila dan bukan kanak-kanak.
« Talaq tidak boleh digurau-sendakan. Andainya seorang suami memain-mainkan perkataan talaq terhadap isteri sama ada di dalam keadaan biasa atau dalam sesebuah lakonan drama, sandiwara dan seumpamanya, maka gugur talaq ke atas isterinya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan dipermain-mainkan pun menjadi sungguh, iaitu nikah, talaq dan rujuk.”
qalam_azraq, 30092008 / 11.45pm

0 comments:
Post a Comment