CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

MU'AMALAT - BAB 4 {ekstra} Khiyar Ru'yah & Ta'ayin

KHIYAR RU’YAH

Soalan A-Level 1992, no.2 (c)

Ali membeli barang secara pesanan dengan hanya melihat melalui katalog. Apakah jenis khiyar bagi pembeliannya dan bagaimana kedudukannya dari segi hukum ?

Jualbeli secara pesanan atau tempahan dalam istilah mu’amalat dikenali sebagai Jual Salam (Jualan bertangguh). Adapun jenis khiyar bagi pembelian tersebut dinamakan Khiyar Ru’yah.

Maksud Khiyar Ru’yah ialah hak memilih bagi pembeli untuk menyatakan berlaku atau batal jualbeli yang ia lakukan terhadap suatu objek yang belum dilihatnya ketika akad berlangsung.

Pendapat Ulama’ mengenai Khiyar Ru’yah

Jumhur Ulama’ Fiqh (Ulama’ Hanafiyah, Malikiyah, Hanabilah dan Zahiriyah) menyatakan bahawa Khiyar Ru’yah disyariatkan dalam Islam, maka hukumnya adalah harus. Pendapat mereka ini adalah berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Siapa yang membeli sesuatu yang belum ia lihat, maka ia berhak khiyar apabila telah melihat barang itu.”

Akad seperti ini menurut mereka boleh terjadi disebabkan objek yang akan dibeli itu tidak ada di tempat berlangsungnya akad jualbeli tersebut ataupun kerana sukar dilihat. Khiyar Ru’yah menurut mereka mulai berlaku sejak pembeli melihat barang yang akan dibelinya.

Namun begitu, Ulama Syafi’iyah dalam pendapat baru (mazhab al-Jadid) mengatakan bahawa jualbeli barang yang ghaib (tidak ada) adalah tidak sah, sama ada barang itu disebutkan sifatnya di waktu akad atau tidak.

Oleh sebab itu menurut mereka, Khiyar Ru’yah tidak boleh berlaku kerana akad itu mengandungi unsur-unsur penipuan yang boleh membawa kepada perselisihan. Pendapat mereka ini adalah bersandarkan hadith Rasulullah s.a.w. :
“Rasulullah s.a.w. melarang jualbeli yang mengandungi penipuan.”

Walau bagaimanapun hadith tersebut di atas (yang dikemukakan oleh Jumhur ulama’), menurut mereka adalah hadith dhaif (lemah), tidak boleh dijadikan dasar hukum.

Jumhur ulama’ mengemukakan beberapa syarat berlakunya khiyar ru’yah, iaitu :

1. Barang yang dibeli itu tidak dilihat oleh pembeli ketika akad berlangsung.
2. Barang akad itu berupa material (benda) seperti tanah, rumah dan kenderaan.
3. Akad itu sendiri mempunyai alternatif untuk dibatalkan, seperti jualbeli dan sewa-menyewa.

Apabila ketiga-tiga syarat di atas atau salah satu daripadanya tidak ada, maka khiyar ru’yah tidak boleh berlaku.

Dalam pada itu, apabila akad itu dibatalkan berdasarkan khiyar ru’yah, menurut jumhur ulama’, pembatalan tersebut harus memenuhi syarat-syarat berikut :

™ Hak khiyar masih berlaku bagi pembeli.

™ Pembatalan itu tidak mengakibatkan kerugian kepada penjual, seperti pembatalan yang dilakukan pada sebahagian barang yang dijualbelikan.

™ Pembatalan itu diketahui olej pihak penjual.

Menurut jumhur ulama’, khiyar ru’yah akan berakhir apabila :

Ø Pembeli menunjukkan kerelaannya melangsungkan jualbeli sama ada melalui pernyataan atau tindakan.

Ø Barang yang dijualbelikan itu hilang atau terjadi tambahan cacat sama ada oleh kedua belah pihak, atau orang lain ataupun oleh sebab alami.

Ø Terjadinya penambahan terhadap barang yang dijual setelah dikuasai oleh pembeli, seperti tanah yang dibeli telah dibangunkan rumah atau kambing yang dibeli telah beranak. Walau bagaimanapun, apabila penambahan itu memang sudah bersatu dengan barang jualbeli, maka khiyar ru’yah bagi pembeli tidak gugur, seperti susu kambing yang dibeli atau pokok yang dibeli berbuah.

Ø Orang yang memiliki hak khiyar meninggal dunia sama ada sebelum melihat barang yang dibelinya atau sesudah melihatnya, tetapi belum ada pernyataan kepastian membeli daripadanya.


Timbul persoalan : Apakah hak khiyar ru’yah ini boleh diwariskan kepada ahli waris ?

Menurut ulama’ Hanafiyah & Hanabilah - Tidak boleh.
Menurut ulama’ Malikiyah - Boleh.

KHIYAR TA’YIIN

Maksud Khiyar Ta’yiin ialah hak memilih bagi pembeli dalam menentukan barang yang berbeza kualiti dalam jualbeli.

Sebagai contoh :
Dalam pembelian minyak enjin (motor-oil) Helix, terdapat tiga jenis yang berlainan kualiti. Jenis minyak yang super berharga $68.00, sementara yang pertengahan (medium) berharga $30.00. Manakala jenis yang rendah mutunya pula berharga $18.00. Wardi, sebagai pembeli tidak mengetahui secara pasti mana satu jenis motor-oil yang berkualiti untuk kegunaan kereta Honda Accordnya. Jadi untuk menentukan pilihan itu, dia memerlukan bantuan pakar mekanik.

Harga yang ditawarkan oleh agen kereta Toyota NBT adalah seperti berikut ;

☼ Shell Helix Super (premium motor oil) : 20W – 50 :- $ 18.00

☼ Shell Helix Plus (synthetic technology motor oil) : 15W – 50 :- $ 30.00

☼ Shell Helix Ultra (fully synthetic motor oil) : 5W – 50 :- $ 68.00

Khiyar seperti ini, menurut ulama’ Hanafiyah adalah boleh (harus). Alasannya ialah agar pembeli tidak tertipu dan produk (barangan) yang dicari oleh pembeli bersesuaian dengan keperluannya.

Berbeza dengan pendapat Jumhur ulama’ fiqh yang tidak menerima Khiyar Ta’yiin (tidak harus). Alasan mereka ialah dalam akad akad jualbeli ada ketentuan bahawa barang yang diperniagakan harus jelas sama ada dari segi kualiti atau kuantiti.
Dalam persoalan Khiyar Ta’yiin menurut mereka, kelihatan bahawa identiti barang yang akan dibeli belum jelas. Oleh sebab itu, ia termasuk dalam juabeli al-ma’dum (jualbeli yang tidak jelas / samar-samar) yang dilarang syara’.

Sementara itu, ulama’ Hanafiyah membolehkan Khiyar Ta’yiin dengan tiga syarat :

{ Pilihan dilakukan terhadap barang yang sejenis yang berbeza kualiti dan sifatnya

{ Barang itu berbeza sifat dan nilainya.

{ Tempoh waktu untuk Khiyar Ta’yiin harus ditentukan iaitu tidak lebih daripada tiga hari.
qalam_azraq, 24092008 / 8.55am

0 comments: